Monday, December 28, 2009

KAWAT09 dalam kenangan......

Dari Shah Alam menuju ke Taiping pada jarak 300km bukan lah satu jarak yang dekat, Duit tol,petrol,makan-minum dan penginapan kos yang terpaksa di tanggung kerana melayan minat dalam sukan MTB ni. Belum di kira lagi yuran penyertaan dan keperluan spare part dan refreshment semasa kayuhan nanti. Tetapi semua itu tidak ambil pusing oleh peminat sukan ini, janji kepuasan dapat di perolehi semaada semasa kayuhan dan dalam masa yang sama dapat berjumpa dan berkenalan dengan rakan-rakan MTB yang lain.

Hari tu perjalanan menuju ke Taiping untuk meyertai apa yang di kata Kayuhan Warisan Taiping 2009 tidak semudah yang di sangka. Sepanjang perjalanan di timpa hujan yang lebat yang menyukarkan pergerakkan kenderaan di sepanjang PLUS highway Utara-Selatan. Kami bertiga menaiki exora pujaan hati ku. Aku mengambil SarjanSlow dan E.J di Seks20 Shah Alam sebelum meneruskan perjalanan ke Taiping.

Tengah setting beskal

Kami menginap di homestay di taman Lakeview dengan kadar RM150 satu malam. Pakcik owner ni bekas askar bersara pangkat mejar. beliau memiliki 5 buah rumah di kawasan ini. Lain kali pergi Tepeng boleh la sewa dengan beliau. Amat berbaloi-baloi, rumah beliau lengkap dengan perabot dan kelengkapan sebuah rumah yang lain.

posing dulu

steady bro....
Penganjuran event memerlukan perancangan yang teliti. Setiap aspek mestilah di perhalusi dan ada kaedah pengawasannya. Tenaga pakar wajib di suntik masuk bagi mendapatkan pandangan dan nasihat bagi melancarkan lagi perjalanan event itu nanti.Kejayaan sesuatu event itu bukan di ukur dengan jumlah kecil atau besar penyertaannya.

800 peserta...........

Acara angkat beskal bermula

Gang KayuhBeb,Klang

Kepenatan................
Kami telah berkayuh di Taiping atas semangat cintakan sukan MTB, Bukan setakat di Taiping malah di mana sahaja jika ada penganjuran Jamboree MTB kami akan turut serta tak kira jauh atau dekat. Atas semangat ini juga kami harapkan ada pada mana-mana individu atau pertubuhan yang berminat untuk menganjurkan event seperti ini.

Jom Balik

malas nak cete lagi......jom balik makan mee udang di changkat jering. Nak pekena di kuala sepetang dengar cete sejak keluar jalang-jalang cari makang dah tak sedap dah.....mee udang tuuuu....

Monday, November 30, 2009

Kayuhan Warisan Taiping '09

Mungkin kayuhan penutup kalender 2009. Kayuhan Warisan Taiping 09 pada 27 Disember 2009. List nama ahli PKNS MTB seperti di tunjukkan dalam senarai peserta KAWAT'09
395 MOHD ISWARDY B. MOHAMAD YUNOS M PKNS MTB
396 SHARUDDIN RASHID B. HJ SHAFFIK L PKNS MTB
397 SHAHROM B. JAMALUDIN L PKNS MTB
398 ZULHADI B. MUHAMAD GHAZALI L PKNS MTB

Thursday, November 19, 2009

PKNSMTB di Gopeng Peanut Search

Team PKNS MTB di wakili Bigfoot, iswardy, sarjanslow, revlistate (shaharuddin daftar tapi tak datang-demam). Buat pertama kali dalam Malaysia penganjur kayuhan cabaran MTB menampilkan format pertandingan yang agak unik. Setiap peserta di bekalkan peta laluan yang mengandungi maklumat lengkap keadaan fizikal setiap trek yang bakal di lalui. Trek ini mengandungi 15 check point. Setiap check point di peruntukkan mata atau markah yang berbeza-beza bergantung kepada tahap kesukarannya. Peserta di beri pilihan untuk melalui mana-mana trek untuk mengumpul mata sebanyak mungkin. Peserta di syaratkan mengumpul mata minimum 200mata untuk layak dalam cabutan bertuah. Peserta juga di syaratkan mesti berada di tempat kayuh mula sebelum pukul 2.00 petang.
Kami telah memilih laluan berbukit yang memberi mata yang tinggi. Laluan kami pilih CP3,CP8,CP9,CP10 dan seterusnya.

Gang kayuhBeb

Wednesday, November 11, 2009

Gopeng Peanut Search

an email from GPS organizer
Dear Azhar, Shahrom & Zul Hadi,

Thank you for participating in the GPS (Gopeng Peanut Search) Mountain Bike Orienteering in Gopeng on 15Nov.

Please find below some important information for your reference.
Event Schedule (15 November)
Time Activity
07.30 am Registration begins & distribution of course map
08.30 am Event Briefing
09.00 am Event Begins
02.00 pm Cut-off time for event. Penalties will be issued thereafter
Lunch
03.00 pm Announcement of results. Lucky draw begins.
04.00 pm Event ends. Thank you!

Numbers & Goodie Bags Collection
Participants can collect their Numbers & Goodie Bags at the following venues:
a) Friday 13th Nov
Corezone in SS2, PJ
2.00pm-8.30pm
b) Sat 14th Nov
Earth Camp in Gopeng, Perak
2.00pm-6.00pm

BikeTrial Demo & Clinic by Syarul @ The Race Boy on 14 Nov
Nomad Adventure is proud to host Syarul @ The Race Boy who will be running special BikeTrial Demo & Clinic during event weekend. Details as follow:-
Date – 14 Nov (Sat)
Time – 2.00pm to 6.00pm
Venue – Earth Camp, Gopeng

Directions to Base Camp
The event base camp is at Earth Camp @ Kg Cholek, Perak. Report here for goodie bag collection and also for the race start & finish.
GPS Coordinates:
N04° 25’50.0” E101° 10’51.9”
Directions:
From the North South highway, take the Gopeng exit #135 (about 25km south of Ipoh). If you are coming from KL, Gopeng is after the Tapah exit. Whereas Gopeng is after the Simpang Pulai exit for drivers coming from the north.
(1) KM 0 - Zero Trip meter at Gopeng Toll Plaza (Exit 135 PLUS 'North-South' Expressway)
(2) Turn LEFT at traffic lights. You will be heading southwards towards Kampar
(3) KM 4.5 - Turn LEFT towards Gua Tempurung (Signboard showing "Gua Tempurung")
(4) KM 7.8 – Reach general car-park area for Gua Tempurung. Proceed along road towards the huge car-park space at rear. You will see the beginning of a sandy lane at the corner on your left
(5) KM 8.1 – Start of sandy lane. Drive on this sandy kampong road. There will be signboards pointing to Earth Camp at junctions.
(6) KM 10.4 – Arrive at Earth Camp

Frequently Asked Questions (FAQs)
Attached is FAQs in pdf format for more information on event. We will also be periodically update our website www.nomadadventure.com for any further updates, such as the trail profile and pictures. So stay tuned!

Accommodation & Adventure Package
There are several options for participants wishing to spend more time in Gopeng during the event weekend.
1) Earth Camp
Stay at event base camp itself for the weekend and enjoy its natural and basic facilities. Dorm-style acco with dinner & breakfast for only RM35/pax. PLUS enjoy the opportunity to raft with Nomad Adventure for a special price of RM100/pax (Normal retail price of RM150/pax)
2) Grand Kampar Hotel
For those who wanting a bit more luxury, Grand Kampar Hotel is offering GPS participants the special rate of RM110.00 for Standard Deluxe room (Single / Double) inclusive of breakfast. The hotel is about 12.5km from event base camp.
(www.grandkamparhotel.com)

Thursday, November 5, 2009

Kayuhan Jantung ku- 13th Dis 2009

To show our support we, PKNS MTB publish here an email received from En Shaharuddin Jaafar regarding his event.

KAYUHAN JANTUNG KU
13TH DISEMBER 2009
Shah Alam

This is a ride inspired by the former Malaysian cyclist, En Shaharudin bin Jaafar who won the gold medal during the SEAP Games in 1965. As a heart patient, he who underwent the heart by pass surgery this year and his deep passion for cycling inspired the ride in conjunction with the ‘World Heart Day’.

Heart disease and diseases of the pulmonary circulation are the top killers in Malaysian government hospitals. “Malaysians are suffering from heart attacks about 10 years earlier than their counterparts in developed countries”, said Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai. Malaysian patients who had severe heart attacks were far younger, with an average age of 56 compared with people from developed countries in the West, where the average age was 65. In Malaysia, coronary heart disease or heart attack affects 141 out of every 100,000 people each year.

One of the ways is carrying out prevention programs is to encourage people to have a healthy, active lifestyle and eat a healthy diet.

Register NOW to participate for the ride on 13th December 2009 and start cycling to a healthier heart!.

Entry form as attached.

Details of the ride are as below:

Cycling Route: Scenic route of Shah Alam city

Distance: 15-20km from Dataran Shah Alam

Cut off time: ONE AND A HALF HOUR

Category: Open to all male and female age 13 years old and above

Itinerary of event day at starting point Dataran Shah Alam:

6.00 am : Late registration opens (For last minute participants)

6.45 am : Late registration closes

7.00 am : Participants registration and collection of t shirt & goody bags

8.00 am : Briefing and speech from organizer and sponsors

8.30 am : Flag off

12.00 pm : Lunch

Regards,

SJ CYCLE

Monday, November 2, 2009

KAG news in Cycling Malaysia Magazine

Finally our event came out in Cycling Malaysia Magazine 2nd issue.

Sunday, October 25, 2009

ECC MTB NITE JAMBOREE MELAKA

Dataran Air Keruh Melaka
Start/Finish

Iswardy, Azhar & Shahrom

Beskal di hangkut ke Tingkat 3 Seri Malaysia

Pengurus Kelab MTB PKNS , Mr. Iswady

Saharuddin, Iswary & Nazrin

Kayuhan Bermula 8.30pm

Mr Azhar Pengurus Kembara PKNS

Check Point 2

Down Hill, Lampu merah tu peserta tgh berderet down hill

Bro bigfoot Injured

Check Point 3

Check Point 4

another 5km to finish line

Mr Shahrom dengan medalnya

Sama untuk balik

Medal dan Plate

Penganjur : Environment Cycling Club.
Penyertaan : >700 participants
Tarikh : 24 Oktober 2009
Start/Finish : Padang Dataran Air Keruh Melaka
Jarak : 45 km
Tahniah kepada penganjur yang telah menguruskan event ni dengan baik sekali. segalanya telah di selia dengan baik bermula dari meja pendaftaran lagi. Peserta di lepaskan tepat seperti jadual. Buat pertama kali Jamboree MTB di adakan pada sebelah malam. Penganjuran MTB pada waktu malam Ini merupakan pengalaman yang menarik bagi kebanyakan peserta.
Kelebihan MTB pada waktu malam ni kita berkayuh dalam suhu yang nyaman namun penglihatan yang terbatas agak merimaskan. Kayuhan di lakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan dari terjatuh memandangkan baru pertama kali melalui trek ni.
Trek tidak lah sukar sangat, kecuraman mendaki biasa sahaja. "Down Hill" boleh tahan menarik, cuma kayuhan malam ni agak membataskan segala-galanya. Jika kayuhan siang ni memang best trek ni.
Peserta pertama sampai 11.30 malam dan peserta terakhir sampai 1.30 pagi.
Tanhiah kepada semua ahli kelab MTB PKNS iaitu Mr. Iswardy, Mr. Saharuddin, Mr, Azhar Abdul shukor, Mr. Nazrin, Mr. Shahrom dan Mr. Zul Hadi yang telah berjaya menamatkan kayuhan dengan melalui kesemua check point. Sekali tahniah kepada Mr. Iswadry yang telah berjaya menamatkan kayuhan bersama kelompok terawal peserta.
Tahniah juga kepada no.plate 0369 Zulhadi dan No. Plate 0366 Nazrin yang telah memperolehi "lucky draw" iaitu Quantum Pendant sumbangan Fusion Excel International. Apa barang tu? pergi search kat internet!

Thursday, September 17, 2009

PKNS MTB turut serta "Burung Hantu" Nite Jamboree

Below is the itinerary for "BURUNG HANTU" Nite Jamboree event on 24th and 25th October 2009

Itinerary
1.00pm: Registration starts. Goodies and T-shirts giveaways
8.00pm: Briefing time
8:30pm (sharp):Journey begins. participants flag off.
11:30pm: Check point 1 and 2 cut off time. Participants who reach after the said time will be directed towards the chicken loop
12:00am: Check point 3 cut off time
12:30am: Check point 4 cut off time
1.30am: Lucky draw
2:00am: Event comes to end.

Senarai Peserta dari PKNS MTB

No

Plate

Name

GROUP

SIZE

Payment

366

366

Mohd Nazrin bin Jemaron

PKNS MTB

M

Confirmed

367

367

Shahrom bin Jamaludin

PKNS MTB

L

Confirmed

368

368

Sharuddin Rashid b Shaffik

PKNS MTB

L

Confirmed

369

369

Zulhadi bin Muhammad Ghazali

PKNS MTB

L

Confirmed

370

370

Mohd Iswardy bin Mohamad Yunos

PKNS MTB

M

Confirmed

371

371

Azhar b Abdul Shukor

PKNS MTB

XXL

Confirmed

Saturday, August 15, 2009

Kelab MTB PKNS & KAG09

Kelab MTB PKNS

Sukan berbasikal bukit atau lebih popular di kenali dengan MTB(Mountain Bike) mempunyai perminat yang ramai. Ahli Kelab MTB PKNS di anggotai seramai 6 orang pekerja PKNS iaitu En. Mohd Iswardy b. Mohamed Yunus,Jurutera Penyeliaan Bangunan Ibu Pejabat, En. Azhar Abdul Shukor-Unit Sekretariat Pembangunan Usahawan,En. Sharom b. Jamaludin- Ukur Hak Milik, En. Zul Hadi Muhd Ghazali- Bahagian Penyelarasan Projek Shah Alam, En. Sharuddin Rashid b. Shaffik-Unit Keselamatan dan En. Nazrin b. Jemaron- Unit Keselamatan.

Kebiasaanya pada setiap hujung minggu kami akan berkayuh bersama-sama perminat sukan ini di mana-mana kawasan yang popular di kalangan pencinta sukan ini. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk mengikuti acara-acara besar kayuhan yang di anjurkan oleh kelab-kelab MTB di serata Selangor dan negeri-negeri lain di Malaysia ini. Melihatkan kepada jumlah penyertaan yang ramai setiap kali diadakan cara kayuhan tak kira jauh atau dekat, timbul idea untuk mengadakan sendiri acara Kayuhan di mana-mana kawasan pembangunan PKNS.

Kami telah membuat tinjauan ke beberapa kawasan pembangunan PKNS seperti Bernam Jaya, Kota Puteri, Bangi, Kota Damansara, Shah Alam dan Antara Gapi. Dalam tempoh satu tahun pada setiap hujung minggu kami berkayuh di setiap kawasan pembangunan tersebut bagi mencari lokasi yang sesuai untuk mengadakan acara kayuhan ini. Keadaan trail yang sesuai dan memenuhi citarasa peminat sukan ini mestilah mempunyai pakej laluan mendaki dan menuruni bukit yang menarik dan memcabar.

Idea Kayuhan Antara Gapi

Idea mengadakan acara PKNS MTB Kayuhan Antara Gapi timbul semasa sambutan ulangtahun ke-10 Bandar Antara Gapi. Antara Gapi yang sedang membangun berkonsepkan Penorama alam Tropika serta ciri-ciri rekabentuk rumah yang menarik dan mampu milik. Dengan adanya acara seperti ini dapat membantu memperkenalkan lagi kewujudan Antara Gapi ke seluruh negeri selangor khususnya dan ke seluruh negara. Aktiviti ini dapat mengumpulkan peminat sukan ini ke satu kawasan baru pembangunan PKNS. Secara tak langsung aktiviti kayuhan ini dapat mempromosi Antara Gapi sebagai gelanggan baru kepada peminat MTB di Lembah Kelang untuk beriadah selain menjadikan terus di kenali dan di kunjungi orang ramai.

Antara Gapi memenuhi kretaria sebagai lokasi MTB yang menarik. Setiap hujung minggu kami berkayuh di kawasan pembangunan Antara Gapi bagi mencari laluan yang sesuai untuk diadakan acara ini. Setelah persetujuan di capai di kalangan ahli Kelab MTB PKNS, kerja penandaan trek dijalankan. Setelah berpuas hati dengan laluan yang di pilih kertas kerja cadangan Kayuhan antara Gapi di kemukakan ke Timbalan Pengurus Besar Pentadbiran iaitu Tuan Hj Nasir untuk kelulusan.

Promosi

Alhamdulilah, projek sulung kami ini diluluskan. Gerak kerja di atur untuk merealisasikan acara kayuhan ini. Sasaran kami hanya 200 orang peserta sahaja. Kecanggihan teknologi maklumat di gunakan sepenuhnya untuk mempromosikan acara ini. Blog KembaraPKNS digunakan sebagai pusat maklumat untuk capaian pengguna-pengguna internet. Poster acara ini di sebarkan dengan meluas di wabsite-website kelab MTB yang lain. Poster dan borang juga di edarkan ke kedai-kedai basikal popular di lembah Kelang. Kami pada mulanya agak gusar jika tidak mendapat sambutan dari peminat sukan ini.

Namun dengan strategi promosi yang tersusun dan kesungguhan ahli kelab memperkenalkan acara ini, peminat sukan ini mula memberi perhatian kepada acara ini. Hari demi hari penyertaan bertambah sehinggalah tarikh tutup penyertaan acara ini berjaya menarik serami 400 penyertaan.

Penyertaan

Antara kelab-kelab yang menyertai acara ini terdiri dari, AtokMTB, AsSakinah, PujMAC, BCC-Trek Marshall, KayuhBeb, Roto X Team, KEV Pedal 2 Kick, FRIMbiker, R O Puchong, GLC, Sg Buaya Cycling, SBXC BIKERS, JOMKAYUH, ARB Bdr Tasik Puteri, Mahkota 6 MTB, Beskal.com, Speed Ontell CT, Anggerik MTB, PTEC Biker, P2CC, Berkat Bikers, Nilai MTB, Team Sauk XC, Rawang MTB, Samy Orbea, KLMBH, KD Cyclist, Btg Kali Rider, CYCCO, UMCT, UMobile CC, Genggerek, BBB, Lubuk Merbau Replica, WAY2RIDE, Radialmtb, KRTKP, Yellow Helmet, Senawang, Ridemore, Bursa MTB, Kakitua Riders, Budjetcheeput, Seremban Basikal Hash, TNB Elite, Mbikeabaruk dan lain-lain.

Menyedari penyertaan melebihi sasaran yang kami tetapkan iaitu 200 orang sahaja. Secara jujur kami tidak meletakkan sasaran yang tinggi untuk projek sulung kami ini. Maklumlah ahli kelab MTB PKNS hanya berjumlah 6 orang sahaja dan siapa lah kami berbanding ahli-ahli kelab lain yang jauh dikenali dan berpengalaman di dalam sukan MTB ini. Namun yang menjadi kekuatan dan tunjang kepada kesungguhan kami adalah PKNS. Kami membawa nama PKNS dan seharus kami membuktikan kepada masyarakat bahawa cogankata PKNS BOLEH! bukanlah retorik semata-mata.
Program Bermula

Pada Sabtu 08 Ogos 2009 kami bergerak awal ke Antara Gapi untuk membuka Kaunter Pendaftaran. Walaupun jumlah penyertaan telah di rekodkan seramai 385 orang namun timbul pula perasaan jumlah yang datang kurang daripada itu. Jumlah yang ramai datang membuat pengesahan kehadiran pada petang sabtu melegakan kami. Tambahan pula ramai yang merayu untuk membuat pendaftaran sedangkan pendaftaran telah kami tutup pada 2 ogos 2009 yang lalu. Atas dasar persahabatan MTB kami menerima pendaftaran lewat ini. Mereka-mereka ini tidak dapat kami bekalkan no. plat. kerana no.plat hingga ke 400 sahaja.

Pada Ahad 09 Ogos 2009 tiba lah saat-saat yang di nantikan oleh kami urusetia dengan penuh debaran. pada ahad ini hati berbunga melihat kereta bakal pengayuh KAG09 datang berduyun-duyun dengan basikal MTB samaada di atas bumbung, sangkut kat belakang,di angkut dengan lori, dalam bonet kereta semuanya ada. Pukul 7.00am- 8.00am pagi ini keadaan di meja pendaftaran penuh sesak dengan peserta membuat pendaftaran untuk no.plat msasing-masing. Masih ada lagi peserta yang merayu untuk di benarkan turut serta berkayuh tanpa no.plat pun mereka "tidak kisah".

Tepat jam 8.00am, peserta di minta berada di garisan permulaan untuk memulakan kayuhan dan taklimat ringkas dari ketua MTB PKNS, En Iswardy. Setelah peserta berkumpul barulah dapat di lihat ramainya peserta yang hadir menyertaai kayuhan ini.

8.15am, En. Iswardy memulakan taklimat ringkas tentang keadaan trek dan perkara-perkara yang perlu di beri perhatian oleh peserta sepanjang berkayuh di trail Kayuhan Antara Gapi ini. Trek Marshall di perkenalkan dari Beruntung Cycling Club. Mereka akan membantu tunjuk arah kepada peserta dan menjadi sweaper menandakan tiada lagi peserta sdi belakang mereka. Trek juga di bahagikan kepada 4 stage. setiap stage mempunyai tahap kesukaran masing-masing. Peserta juga diingatkan "chicken loop" iaitu laluan keluar dari trek jika tak mahu meneruskan kayuhan di trail asal, hanya ada selepas stage 2. Jika peserta memutuskan meneruskan kayuhan selepas stage 2, tiada lagi "chicken loop" mereka perlu menghabiskan kayuhan hingga ke garisan penamat. Setiap simpang di tandakan dengan "arrow" berwarna merah. Pertugas dari unit keselamatan PKNS di tempatkan di laluan yang berisiko. Selain daripada itu Unit Rela ditugaskan mengawal lalu lintas di setiap simpang Kampong Pasir. "Check Point" di Sekolah Sains iaitu 16km dari garisan mula menyediakan "refreshment" untuk peserta. " Refreshment" yang di sediakan adalah air sejuk oren dan air mineral, buah epal dan roti. Plate peserta yang melalui Check Point" ini akan di tandakan "CP" sebagai bukti telah melalui trail ini.

8.30am, Perlepasan peserta di laksanakan oleh En. Iswady. Walaupun kayuhan ini bukan satu acara pertandingan, catatan masa peserta tetap diambil bagi tujuan rekod bagi rujukkan jika acara ini diadakan lagi pada masa akan datang. Perkara ini tidak dimaklumkan kepada peserta bagi mengelakkan para peserta berlumba mengejar catatan masa terbaik. Peserta memulakan kayuhan bermula di Rumah kedai/Pejabat Antara Gapi dan akan melalui sejauh 2km jalanraya persekutuan Rawang-Tg Malim. Di sini dengan kerjasama Pasukan Traffik PDRM telah menutup selama 10 minit kedua-dua hala jalan tersebut bagi keselamatan peserta-peserta. Rasa macam "Le Tour De Langkawi la pulak kata peserta.

Sudah menjadi kebiasaan penganjur acara kayuhan sebegini akan melekatkan sesuatu di dalam ingatan peserta tentang trek mereka. Kami menyediakan apa yang di panggil "Puncak Dagu" bagi menguji kekuatan dan kesabaran peserta dalam melayaninya hingga sampai ke puncak. Puncak Dagu pada ketinggian 850kaki dari paras laut berada 12km dari titik mula. Kebanyak peserta terpaksa menolak basikal untuk sampai ke puncak, di mana dagu pengayuh berada di tengah handle basikal sambil memandang ke depan melihat puncak dagu.

10.00am, Tanpa di sangka peserta pertama sampai ke Garisan mula/tamat. Saudara Muhammad Fakhir bin Mohd Rapi dari kelab ridemore dengan catatan masa 1jam 26minit 27saat pendahului peserta lain sampai ke garisan mula/tamat. Peserta terakhir sambil di iringi sweaper sampai ke garisan mula/tamat pada jam 1.00 ptg atau 4jam30minit. Setiap peserta yang sampai ke garisan penamat akan di beri saguhati sebaik sahaja tiba di garisan penamat. 200 peserta pertama menerima Termos dan 200 peserta akhir menerima topi PKNS.

Tuan YDP HUlu Selangor serta Pegawai Kanan PKNS bergambar bersama 10 peserta terpantas

Alhamdulillah program sulung kami berjalan dengan lancar dari mula hingga akhir . Hingga ke saat akhir peserta menunggu program ini berjalan. Sebanyak 60 hadiah cabutan bertuah kami sediakan. Hadiah di sampaikan oleh YDP Tuan Tukiman Bin Nail Pegawai Daerah Hulu Selangor, Puan Hajah Roziah bt. Ahmad dan Puan Norzila bt. Sidek.
Akhir kata kami mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara PKNS MTB Kayuhan Antara Gapi 2009. Tanpa Bantuan Kelab Sukan & Rekreasi PKNS,PDRM, RELA, Keselamatan PKNS, Beruntung Cycling Club, Kedai-kedai basikal sekitar lembah Klang, ForumJomkayuh, blog kelab basikal seperti telah di nyatakan di atas, En. Shaharudin Jaafar , SJ Cycle . Tanpa bantuan anda Acara ini tidak akan menjadi lebih hebat dan meriah.

Sekian.Jumpa lagi di KAG2010