Sunday, October 30, 2011

Kuala Kangsar MTB Jamboree 2011

Tarikh : 30 Oktober 2011
Lokasi : Kuala Kangsar, Perak
Peserta : 2,226
Jarak : 50km
Masa : 2.30 - 4.30jam
photo : Kayuhan Kuale

PKNSmtb diwakili oleh Iswardy,Azhar Shukor, Aidil, Zahidan, Azizi Farish, Shahrom,Zulhadi, Saifudin,Nazrin,Sharuddin,Bert Sham,Joeanis dan Rizal. Terimakasih kepada Kelab Sukan Dan Rekreasi PKNS yang telah menyumbangkan jersey baru PKNSmtb. Kuala Jamboree 2011 secara tak langsung merasmikan pemakaian jersey baru ini.

Segala-galanya kelihatan baik pada peringkat awal tambahan pula kemampuan penganjur terbukti semasa penganjuran pada tahun 2010. Walaupun ada kelemahan pada masa itu, peserta yakin penganjur akan mengatasi kelemahan tersebut pada acara kali ini. Penganjur juga telah berjanji akan memperbaiki segala kelemahan yang di tegur oleh peserta.

2011 membuktikan penerimaan hebat peserta terhadap jamboree kuala kangsar dengan 2,226 penyertaan memberi gambaran awal yang acara kali ini pasti hebat dan meriah. Namun terlintas juga di dalam hati mampukah penganjur mengurus dan mengawal peserta yang terlalu ramai ini.

Kehebatan Trek Kuale berada di dalam kelasnya tersendiri dan tidak keterlaluan jika trek kuale diangkat sebagai trek terbaik jamboree. Bagi pengayuh sejati apa yang mereka mahukan hanyalah melayan trek ini dan paling utama tuan rumah sendiri menjemput peserta datang berkayuh di tempat mereka.

Cadangan bagi yang ingin menganjurkan jamboree:

1. Jangan jadikan MTB Jamboree seperti majlis rasmi yang terikat dengan protokol. Sebab peserta bayar untuk datang dan bukan dibayar untuk datang.

2. Tak perlu dijemput VIP semasa acara perlepasan. Memadai VIP di jemput semasa mengalungkan medal atau semasa acara penutup.

3. Maklumat yang hendak disampaikan kepada peserta hendaklah tepat dan terkini. Jika ada perubahan maklumkan segera kepada peserta. Jangan ambil mudah dengan beranggapan sebarang perubahan akan dimaklumkan semasa peserta berkumpul di tapak perlepasan.
Mungkin ada peserta yang tidak dengar tambahan pula jika membabitkan ribuan peserta.

4.Lantik ketua atau jawatankuasa kecil bagi setiap bidang tugas seperti biro keselamatan, media, Marshall,Medic, Perhubungan, hadiah, dll. Ketua setiap bidang tugas bertanggungjawab kelancaran tugas masing-masing. Pastikan pertugas dibawah seliaan mereka menjalankan kerja mengikut SOP yang telah ditetapkan.

5. Pengurus acara hendaklah sentiasa peka dengan setiap perkembangan acara dan peserta pada setiap masa. Setiap biro dibekalkan alat perhubungan radio yang dihubung terus dengan pengurus acara. Jika berlaku kemalangan dan kejadian yang diluar jangka kepada peserta , tindakan segera dapat diambil.

6. Paling utama, jangan ada perbalahan dalaman antara ahli jawatankuasa penganjur. Jika ada, sila atasi dengan segera, jangan dibiarkan lama kerana ia akan menjadi dendam. Kesannya akan terkena kepada peserta.

7. Tugas Marshal paling penting di trek. Marshall bertanggungjawab kepada keselamatan peserta di trek memastikan peserta mengikut laluan yang betul. Marshall terdiri sama ada yang sama-sama berkayuh, bermotosikal-stand by di check point , jangan ulang alik di trek kerana akan menganggu peserta dah jadi macam acara motor cross la pulak nanti.

8. Jangan serahkan tanggungjawab menjaga keselamatan peserta semasa dijalan raya kepada pasukan beruniform sepenuhnya. Mereka sekadar membantu sahaja , penganjur hendaklah meletakkan petugasnya dengan cukup dan memastikan peserta memahami arahan yang diberi dan mematuhinya.

9. Jika disediakan Makanan dan minuman sila pastikan ia mencukupi.

10. Pastikan penganjuran Kayuhan dibuat atas dasar minat dan keikhlasan terhadap sukan ini. Jika dianjurkan atas sifat perniagaan dan keuntungan, ia pasti menuju kegagalan.

Wednesday, October 26, 2011

Kayuhan Lembah Beringin

Tarikh : 25 Oktober 2011
Lokasi : Lembah Beringin
Jarak :+/-20km
Jumlah peserta : 85 org

Bersama Iswardy, Aidil, Aizad , Zam Zam serta Kenny taukey kedai Basikal Gainway cawangan Shah Alam kami bergerak ke Lembah Beringin untuk memenuhi jemputan dari Kelab Basikal Beringin Bikerz untuk berkayuh di trek mtb mereka.

Lembah Beringin terletak di Hulu Selangor, dihubungi oleh Lebuhraya utara selatan berjarak 65km dari Shah Alam dan 15km ke Persimpangan Tanjung Malim.

Jemputan terdiri dari kelab-kelab MTB di sekitar Hulu Selangor dan riders dari lembah Klang. Antara kelab MTB yang turut serta iaitu Procity, Prima Riders Cycling Club, Sentosa Cycling Club, Sungai Buaya Cycling Club dan kami PKNSmtb Cycling Club.

Pihak penganjur telah menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari . Kayuhan bermula pada pukul 9.00 pagi setelah penerangan ringkas dari pihak penganjur dan bacaan doa untuk memohon keselamatan semasa kayuhan nanti.
Dalam ucapan ringkas wakil Beringin Bikerz Club, beliau mencadangkan supaya aktiviti kayuhan seperti ini akan diteruskan di masa ke sama di tempat kelab-kelab mtb yang lain pula menjadi tuan rumah. Idea ini cukup baik seharusnya di beri perhatian oleh kelab-kelab mtb.

Kami dari PKNSmtb mengucapkan syabas dan tahniah kepada Beringin Bikerz Club diatas penganjuran acara kayuhan ini. Secara keseluruhan trek yang dihidangkan memang layan. Semua bukit pada tahap boleh di kayuh dan downhill yang teknikal , pantas dan panjang.

Saturday, October 8, 2011

License to MTB

Rizal Downhill dari helipad

Azizi keluar dari single trek

sharuddin

Rizal Ai

Azizi Farish, Rizal Ai, Ady Skywalker, Sharuddin

Bergambar di signage yang baru dipasang oleh Pihak FRIM

Pinus Trail or Penes Trail

Bergambar bersama Pengawai FRIM

Bergambar sebelum memulakan kayuhan

Bergambar semasa turun dari Helipad

License To MTB

Saturday, October 1, 2011

PKNSMTB Next Event : Kayuhan Kuale Bandar Di Raja 2011

Bermula dengan kayuhan Jati Diri 2008 dengan disertai oleh kami bertiga iaitu bigfoot, revlishadi dan nazrin. PKNSMTB turut menyertai jamboree kuala kangsar pada tahun berikutnya yang dikenali dengan nama baru Kayuhan Kuale Bandar DiRaja 2010. Pada tahun ini PKNSMTB tetap turut serta buat kali ke-3 di Kayuhan Kuale Bandar DiRaja 2011. Paling istimewa penyertaan kali ini di buat sejak hari pertama penyertaan dibuka lagi oleh pihak penganjur. Dibawah senarai nama ahli kelab PKNSMTB yang akan turut serta pada 30 Oktober 2011 nanti memerah keringat bersaing bersama ribuan peserta .
Selamat maju jaya kepada penganjur, semoga acara yang diatur berjalan lancar seperti yang dirancang. Berjumpa kita di Kuale Bandar DiRaja.