Saturday, August 15, 2009

Kelab MTB PKNS & KAG09

Kelab MTB PKNS

Sukan berbasikal bukit atau lebih popular di kenali dengan MTB(Mountain Bike) mempunyai perminat yang ramai. Ahli Kelab MTB PKNS di anggotai seramai 6 orang pekerja PKNS iaitu En. Mohd Iswardy b. Mohamed Yunus,Jurutera Penyeliaan Bangunan Ibu Pejabat, En. Azhar Abdul Shukor-Unit Sekretariat Pembangunan Usahawan,En. Sharom b. Jamaludin- Ukur Hak Milik, En. Zul Hadi Muhd Ghazali- Bahagian Penyelarasan Projek Shah Alam, En. Sharuddin Rashid b. Shaffik-Unit Keselamatan dan En. Nazrin b. Jemaron- Unit Keselamatan.

Kebiasaanya pada setiap hujung minggu kami akan berkayuh bersama-sama perminat sukan ini di mana-mana kawasan yang popular di kalangan pencinta sukan ini. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk mengikuti acara-acara besar kayuhan yang di anjurkan oleh kelab-kelab MTB di serata Selangor dan negeri-negeri lain di Malaysia ini. Melihatkan kepada jumlah penyertaan yang ramai setiap kali diadakan cara kayuhan tak kira jauh atau dekat, timbul idea untuk mengadakan sendiri acara Kayuhan di mana-mana kawasan pembangunan PKNS.

Kami telah membuat tinjauan ke beberapa kawasan pembangunan PKNS seperti Bernam Jaya, Kota Puteri, Bangi, Kota Damansara, Shah Alam dan Antara Gapi. Dalam tempoh satu tahun pada setiap hujung minggu kami berkayuh di setiap kawasan pembangunan tersebut bagi mencari lokasi yang sesuai untuk mengadakan acara kayuhan ini. Keadaan trail yang sesuai dan memenuhi citarasa peminat sukan ini mestilah mempunyai pakej laluan mendaki dan menuruni bukit yang menarik dan memcabar.

Idea Kayuhan Antara Gapi

Idea mengadakan acara PKNS MTB Kayuhan Antara Gapi timbul semasa sambutan ulangtahun ke-10 Bandar Antara Gapi. Antara Gapi yang sedang membangun berkonsepkan Penorama alam Tropika serta ciri-ciri rekabentuk rumah yang menarik dan mampu milik. Dengan adanya acara seperti ini dapat membantu memperkenalkan lagi kewujudan Antara Gapi ke seluruh negeri selangor khususnya dan ke seluruh negara. Aktiviti ini dapat mengumpulkan peminat sukan ini ke satu kawasan baru pembangunan PKNS. Secara tak langsung aktiviti kayuhan ini dapat mempromosi Antara Gapi sebagai gelanggan baru kepada peminat MTB di Lembah Kelang untuk beriadah selain menjadikan terus di kenali dan di kunjungi orang ramai.

Antara Gapi memenuhi kretaria sebagai lokasi MTB yang menarik. Setiap hujung minggu kami berkayuh di kawasan pembangunan Antara Gapi bagi mencari laluan yang sesuai untuk diadakan acara ini. Setelah persetujuan di capai di kalangan ahli Kelab MTB PKNS, kerja penandaan trek dijalankan. Setelah berpuas hati dengan laluan yang di pilih kertas kerja cadangan Kayuhan antara Gapi di kemukakan ke Timbalan Pengurus Besar Pentadbiran iaitu Tuan Hj Nasir untuk kelulusan.

Promosi

Alhamdulilah, projek sulung kami ini diluluskan. Gerak kerja di atur untuk merealisasikan acara kayuhan ini. Sasaran kami hanya 200 orang peserta sahaja. Kecanggihan teknologi maklumat di gunakan sepenuhnya untuk mempromosikan acara ini. Blog KembaraPKNS digunakan sebagai pusat maklumat untuk capaian pengguna-pengguna internet. Poster acara ini di sebarkan dengan meluas di wabsite-website kelab MTB yang lain. Poster dan borang juga di edarkan ke kedai-kedai basikal popular di lembah Kelang. Kami pada mulanya agak gusar jika tidak mendapat sambutan dari peminat sukan ini.

Namun dengan strategi promosi yang tersusun dan kesungguhan ahli kelab memperkenalkan acara ini, peminat sukan ini mula memberi perhatian kepada acara ini. Hari demi hari penyertaan bertambah sehinggalah tarikh tutup penyertaan acara ini berjaya menarik serami 400 penyertaan.

Penyertaan

Antara kelab-kelab yang menyertai acara ini terdiri dari, AtokMTB, AsSakinah, PujMAC, BCC-Trek Marshall, KayuhBeb, Roto X Team, KEV Pedal 2 Kick, FRIMbiker, R O Puchong, GLC, Sg Buaya Cycling, SBXC BIKERS, JOMKAYUH, ARB Bdr Tasik Puteri, Mahkota 6 MTB, Beskal.com, Speed Ontell CT, Anggerik MTB, PTEC Biker, P2CC, Berkat Bikers, Nilai MTB, Team Sauk XC, Rawang MTB, Samy Orbea, KLMBH, KD Cyclist, Btg Kali Rider, CYCCO, UMCT, UMobile CC, Genggerek, BBB, Lubuk Merbau Replica, WAY2RIDE, Radialmtb, KRTKP, Yellow Helmet, Senawang, Ridemore, Bursa MTB, Kakitua Riders, Budjetcheeput, Seremban Basikal Hash, TNB Elite, Mbikeabaruk dan lain-lain.

Menyedari penyertaan melebihi sasaran yang kami tetapkan iaitu 200 orang sahaja. Secara jujur kami tidak meletakkan sasaran yang tinggi untuk projek sulung kami ini. Maklumlah ahli kelab MTB PKNS hanya berjumlah 6 orang sahaja dan siapa lah kami berbanding ahli-ahli kelab lain yang jauh dikenali dan berpengalaman di dalam sukan MTB ini. Namun yang menjadi kekuatan dan tunjang kepada kesungguhan kami adalah PKNS. Kami membawa nama PKNS dan seharus kami membuktikan kepada masyarakat bahawa cogankata PKNS BOLEH! bukanlah retorik semata-mata.
Program Bermula

Pada Sabtu 08 Ogos 2009 kami bergerak awal ke Antara Gapi untuk membuka Kaunter Pendaftaran. Walaupun jumlah penyertaan telah di rekodkan seramai 385 orang namun timbul pula perasaan jumlah yang datang kurang daripada itu. Jumlah yang ramai datang membuat pengesahan kehadiran pada petang sabtu melegakan kami. Tambahan pula ramai yang merayu untuk membuat pendaftaran sedangkan pendaftaran telah kami tutup pada 2 ogos 2009 yang lalu. Atas dasar persahabatan MTB kami menerima pendaftaran lewat ini. Mereka-mereka ini tidak dapat kami bekalkan no. plat. kerana no.plat hingga ke 400 sahaja.

Pada Ahad 09 Ogos 2009 tiba lah saat-saat yang di nantikan oleh kami urusetia dengan penuh debaran. pada ahad ini hati berbunga melihat kereta bakal pengayuh KAG09 datang berduyun-duyun dengan basikal MTB samaada di atas bumbung, sangkut kat belakang,di angkut dengan lori, dalam bonet kereta semuanya ada. Pukul 7.00am- 8.00am pagi ini keadaan di meja pendaftaran penuh sesak dengan peserta membuat pendaftaran untuk no.plat msasing-masing. Masih ada lagi peserta yang merayu untuk di benarkan turut serta berkayuh tanpa no.plat pun mereka "tidak kisah".

Tepat jam 8.00am, peserta di minta berada di garisan permulaan untuk memulakan kayuhan dan taklimat ringkas dari ketua MTB PKNS, En Iswardy. Setelah peserta berkumpul barulah dapat di lihat ramainya peserta yang hadir menyertaai kayuhan ini.

8.15am, En. Iswardy memulakan taklimat ringkas tentang keadaan trek dan perkara-perkara yang perlu di beri perhatian oleh peserta sepanjang berkayuh di trail Kayuhan Antara Gapi ini. Trek Marshall di perkenalkan dari Beruntung Cycling Club. Mereka akan membantu tunjuk arah kepada peserta dan menjadi sweaper menandakan tiada lagi peserta sdi belakang mereka. Trek juga di bahagikan kepada 4 stage. setiap stage mempunyai tahap kesukaran masing-masing. Peserta juga diingatkan "chicken loop" iaitu laluan keluar dari trek jika tak mahu meneruskan kayuhan di trail asal, hanya ada selepas stage 2. Jika peserta memutuskan meneruskan kayuhan selepas stage 2, tiada lagi "chicken loop" mereka perlu menghabiskan kayuhan hingga ke garisan penamat. Setiap simpang di tandakan dengan "arrow" berwarna merah. Pertugas dari unit keselamatan PKNS di tempatkan di laluan yang berisiko. Selain daripada itu Unit Rela ditugaskan mengawal lalu lintas di setiap simpang Kampong Pasir. "Check Point" di Sekolah Sains iaitu 16km dari garisan mula menyediakan "refreshment" untuk peserta. " Refreshment" yang di sediakan adalah air sejuk oren dan air mineral, buah epal dan roti. Plate peserta yang melalui Check Point" ini akan di tandakan "CP" sebagai bukti telah melalui trail ini.

8.30am, Perlepasan peserta di laksanakan oleh En. Iswady. Walaupun kayuhan ini bukan satu acara pertandingan, catatan masa peserta tetap diambil bagi tujuan rekod bagi rujukkan jika acara ini diadakan lagi pada masa akan datang. Perkara ini tidak dimaklumkan kepada peserta bagi mengelakkan para peserta berlumba mengejar catatan masa terbaik. Peserta memulakan kayuhan bermula di Rumah kedai/Pejabat Antara Gapi dan akan melalui sejauh 2km jalanraya persekutuan Rawang-Tg Malim. Di sini dengan kerjasama Pasukan Traffik PDRM telah menutup selama 10 minit kedua-dua hala jalan tersebut bagi keselamatan peserta-peserta. Rasa macam "Le Tour De Langkawi la pulak kata peserta.

Sudah menjadi kebiasaan penganjur acara kayuhan sebegini akan melekatkan sesuatu di dalam ingatan peserta tentang trek mereka. Kami menyediakan apa yang di panggil "Puncak Dagu" bagi menguji kekuatan dan kesabaran peserta dalam melayaninya hingga sampai ke puncak. Puncak Dagu pada ketinggian 850kaki dari paras laut berada 12km dari titik mula. Kebanyak peserta terpaksa menolak basikal untuk sampai ke puncak, di mana dagu pengayuh berada di tengah handle basikal sambil memandang ke depan melihat puncak dagu.

10.00am, Tanpa di sangka peserta pertama sampai ke Garisan mula/tamat. Saudara Muhammad Fakhir bin Mohd Rapi dari kelab ridemore dengan catatan masa 1jam 26minit 27saat pendahului peserta lain sampai ke garisan mula/tamat. Peserta terakhir sambil di iringi sweaper sampai ke garisan mula/tamat pada jam 1.00 ptg atau 4jam30minit. Setiap peserta yang sampai ke garisan penamat akan di beri saguhati sebaik sahaja tiba di garisan penamat. 200 peserta pertama menerima Termos dan 200 peserta akhir menerima topi PKNS.

Tuan YDP HUlu Selangor serta Pegawai Kanan PKNS bergambar bersama 10 peserta terpantas

Alhamdulillah program sulung kami berjalan dengan lancar dari mula hingga akhir . Hingga ke saat akhir peserta menunggu program ini berjalan. Sebanyak 60 hadiah cabutan bertuah kami sediakan. Hadiah di sampaikan oleh YDP Tuan Tukiman Bin Nail Pegawai Daerah Hulu Selangor, Puan Hajah Roziah bt. Ahmad dan Puan Norzila bt. Sidek.
Akhir kata kami mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara PKNS MTB Kayuhan Antara Gapi 2009. Tanpa Bantuan Kelab Sukan & Rekreasi PKNS,PDRM, RELA, Keselamatan PKNS, Beruntung Cycling Club, Kedai-kedai basikal sekitar lembah Klang, ForumJomkayuh, blog kelab basikal seperti telah di nyatakan di atas, En. Shaharudin Jaafar , SJ Cycle . Tanpa bantuan anda Acara ini tidak akan menjadi lebih hebat dan meriah.

Sekian.Jumpa lagi di KAG2010

Friday, August 14, 2009

Senarai kedai-kedai basikal lembah Klang

Alamat dan Contact No. kedai Basikal Lembah Klang
DIN CYCLE ENTERPRISE
Lot2103,Jln Masjid Batu 9,
Kebun Baru Telok Panglina Garang,
42500 Kuala Langat,Selangor
Tel: 019.2025898
din cycle! saudagarkayuhan2roda!
KEDAI BASIKAL SAUDAGAR KAYUHAN 2 RODA
No.1, Jalan Gapi 1A,
Seksyen 1, Antara Gapi,
Serendah, Selangor
saudagarkayuhan2roda! saudagarkayuhan2roda! saudagarkayuhan2roda!
WHEELSMAN CYCLE TRADING
No.17, Jalan Snuker 13/28,
Seksyen 13
40100 Shah Alam
Tel:03-55102301
h/p:012-6503534
saudagarkayuhan2roda! saudagarkayuhan2roda!
KEDAI BASIKAL SEW LEONG
NO.33, Persiaran Raja Muda Musa,
41200 Klang, Selangor
Tel/fax:603-33726539

saudagarkayuhan2roda!

TRAILRIDERMAD DISTRIBUTION
AAG38, Jalan Plumbum AA7/AA,
Pusat Komersil Seksyen 7,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam
Tel:019-2683936
web:http://www.trailridermad.com

KEDAI BASIKAL FOOK SANG
Jalan SS9A/14, Sungai Way
Petaling Jaya, Selangor
Tel:03-78769094
web: http://www.tbfooksang.com

SJ CYCLES
No.49, Jalan Sukun 4/7,
Sek 4 Shah Alam pemilik:
En. Shaharudin Jaafar
Tel:019.3466206

ROSMAN CYCLE
Lot 1676,Jln Musran
41200 Rantau Panjang,
Klang.
Tel: 019.2388282

DUE RODA ETREME
NO:26, jalan Boling Padang F13/F,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam
Selangor
Tel:603-55101244

SEN AIK TRADING
12-1-4, Jln Setia DelimaQ
U13/Q, Setia Alam, Seksyen U13,
40170 Shah Alam
Tel/Fax: 03-33431050
web:
saudagarkayuhan2roda!saudagarkayuhan2roda!
WMS Adventure,
Jalan Rawang Business Park 3,
Rawang Mutiara BUsiness Centre,
48000 Rawang
Tel:012-2380101-michelle

Kedai Basikal Sin Lee Hin
Pekan Batang Kali,
44300 selangor

RODALINK BANDAR BOTANIC
No.93 Jalan Mahogani
5?KS7 Ambang Botanic
41200 Klang,Selangor
Tel/fax : 03.33259403
web: http://www.rodalink.com

BICYCLE WORLD
No.45, Jalan Bandar 1,
Taman Melawati,
53100 Kuala Lumpur
Tel:03.41066749

KEDAI BASIKAL ABC
Bandar Sri Damansara
Tel:03.6324691

KEDAI BASIKAL R.N. SAMY
No.1, Batu 7 1/2,
Jalan Batu Caves,
68100 Selangor
Tel: Mega-03.61369842

Thursday, August 13, 2009

pknsmtb

selamat datang ke blog Kelab Mountain Bike Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor