Monday, December 28, 2009

KAWAT09 dalam kenangan......

Dari Shah Alam menuju ke Taiping pada jarak 300km bukan lah satu jarak yang dekat, Duit tol,petrol,makan-minum dan penginapan kos yang terpaksa di tanggung kerana melayan minat dalam sukan MTB ni. Belum di kira lagi yuran penyertaan dan keperluan spare part dan refreshment semasa kayuhan nanti. Tetapi semua itu tidak ambil pusing oleh peminat sukan ini, janji kepuasan dapat di perolehi semaada semasa kayuhan dan dalam masa yang sama dapat berjumpa dan berkenalan dengan rakan-rakan MTB yang lain.

Hari tu perjalanan menuju ke Taiping untuk meyertai apa yang di kata Kayuhan Warisan Taiping 2009 tidak semudah yang di sangka. Sepanjang perjalanan di timpa hujan yang lebat yang menyukarkan pergerakkan kenderaan di sepanjang PLUS highway Utara-Selatan. Kami bertiga menaiki exora pujaan hati ku. Aku mengambil SarjanSlow dan E.J di Seks20 Shah Alam sebelum meneruskan perjalanan ke Taiping.

Tengah setting beskal

Kami menginap di homestay di taman Lakeview dengan kadar RM150 satu malam. Pakcik owner ni bekas askar bersara pangkat mejar. beliau memiliki 5 buah rumah di kawasan ini. Lain kali pergi Tepeng boleh la sewa dengan beliau. Amat berbaloi-baloi, rumah beliau lengkap dengan perabot dan kelengkapan sebuah rumah yang lain.

posing dulu

steady bro....
Penganjuran event memerlukan perancangan yang teliti. Setiap aspek mestilah di perhalusi dan ada kaedah pengawasannya. Tenaga pakar wajib di suntik masuk bagi mendapatkan pandangan dan nasihat bagi melancarkan lagi perjalanan event itu nanti.Kejayaan sesuatu event itu bukan di ukur dengan jumlah kecil atau besar penyertaannya.

800 peserta...........

Acara angkat beskal bermula

Gang KayuhBeb,Klang

Kepenatan................
Kami telah berkayuh di Taiping atas semangat cintakan sukan MTB, Bukan setakat di Taiping malah di mana sahaja jika ada penganjuran Jamboree MTB kami akan turut serta tak kira jauh atau dekat. Atas semangat ini juga kami harapkan ada pada mana-mana individu atau pertubuhan yang berminat untuk menganjurkan event seperti ini.

Jom Balik

malas nak cete lagi......jom balik makan mee udang di changkat jering. Nak pekena di kuala sepetang dengar cete sejak keluar jalang-jalang cari makang dah tak sedap dah.....mee udang tuuuu....