Thursday, November 3, 2011

Mountain Bike dan Jamboree

Maksud "Jamboree"
-perhimpunan antarabangsa pasukan pengakap, perhimpunan besar pengakap-pengakap, perarakan.

Maksud "Mountain Bike"
Atau basikal Gunung merupakan basikal direkabentuk tahan lasak dan mampu menahan hentakkan dan gegaran untuk kegunaan kayuhan di "off road" yang memerlukan pengayuh menguasai perbagai teknik kayuhan di atas bentuk mukabumi yang berbeza-beza.

Sejarah MTB Jamboree di Malaysia
Carian dalam internet menemukan perkataan jamboree di gabungkan dengan perkataan MTB pertama kali digunakan di KAYUH LASAK Penang MTB Jamboree yang dianjurkan oleh Knight Of The Round Table(KOTRT) pada tahun 2002 . Seramai 278 perserta telah mengambil bahagian dan jangkaan awal penganjur hanyalah 150 peserta sahaja. Penyertaan seramai itu sudah boleh dikira luar jangkaan pada waktu itu. Ini menunjukkan sukan ini mempunyai potensi pasaran sebagai sukan rekreasi pelancungan pada masa hadapan.

Tahun 2008 menyaksikan MTB Jamboree semakin rancak dianjurkan antaranya SP MTB Jamboree, Melaka MTB Jamboree, Kayuhan Jati Diri Kuala Kangsar MTB Jamboree dan Sungai Petani MTB Jamboree.

Tahun - tahun berikut nya menyaksikan penganjuran MTB Jamboree terus bertambah dan pada tahun 2011 ini terdapat 65 penganjuran MTB jamboree dan 15 MTB Challenge . Malah untuk tahun 2012 penganjuran mtb jamboree hingga bulan mei sedang menunggu. klik link (event)

Kelab Mountain Bike
Dikalangan peminat sukan ini, minat dikongsi bersama-sama secara berkumpulan. Kelab-kelab MTB di tubuhkan di serata pelusuk tanah air tak kira di bandar mahupun di kampung-kampung . Perbagai aktiviti kayuhan bersama ahli kelab di jalankan pada setiap hujung minggu atau pada hari-hari cuti kelepasan umum.

Segala maklumat kayuhan dan pengalaman kayuhan di rekodkan di dalam blog atau website masing-masing. Setiap kelab mempunyai trail mereka sendiri. Kebiasaannya trail yang dilalui merupakan jalan tanah (off road) sedia ada ladang kelapa sawit, getah dan hutan simpan. Jalan - jalan yang menjadi kegemaran merupakan jalan yang mengandungi profail kontur yang berubah-ubah ketinggiannya yang akan memberi kesan mendaki dan menuruni bukit. Walaubagaimanapun ada juga kelab yang mereka bentuk trail mereka sendiri yang mengaduni profail jalan mendaki, menuruni bukit dan teknikal.

MTB Jamboree

MTB Jamboree merupakan tempat berkumpul perminat-perminat sukan rekreasi basikal gunung untuk melakukan aktiviti kayuhan atau tidak secara berkumpulan. Perserta yang datang dari setiap pelusuk negara dapat berjumpa , berkayuh bersama-sama, bertukar pendapat tentang sukan ini dan berjumpa dan berkenalan dengan kawan baru.

Penganjuran sukan ini memerlukan kekuatan luaran dan dalaman. Hanya mereka tulus mencintai sukan ini yang mampu melakukan persediaan menganjurkan MTB Jamboree. Yuran penyertaan yang dikenakan 100% digunakan untuk kemudahan peserta dan urusan pentadbiran penganjuran.
Peranan yang ditanggung selaku tuan rumah , Penganjur hendaklah melakukan persediaan trail, pemandu arah(marshall), penunjuk arah, refreshment, keselamatan peserta dan hal-hal lain bersangkutan.

Majoriti lebih suka berlumba di jamboree dan berpuashati dengan pencapaian kedudukan terpantas di dalam sesuatu jamboree. Bukankah menjadi lebih bermakna jika kita menang dalam acara mtb challenge berbanding menang di mtb jamboree? Pendapat yang di tulis oleh blogger zafizal klik --->15 STRONG POINTS OPTED FOR MTB RACING amat menarik walau agak sinis. Juga bukan kah lebih bermakna kita tidak memenangi apa-apa kedudukan di dalam Mtb challenge berbanding tak memperolehi keduduki baik di dalam mtb jamboree?

Tiba masanya hala tuju penganjuran mtb jamboree dilakukan tranformasi. Mtb Jamboree di cetuskan oleh kita pencinta sukan ini, maka kita juga seharusnya menentukan masa depan sukan ini.