Thursday, November 3, 2011

Mountain Bike dan Jamboree

Maksud "Jamboree"
-perhimpunan antarabangsa pasukan pengakap, perhimpunan besar pengakap-pengakap, perarakan.

Maksud "Mountain Bike"
Atau basikal Gunung merupakan basikal direkabentuk tahan lasak dan mampu menahan hentakkan dan gegaran untuk kegunaan kayuhan di "off road" yang memerlukan pengayuh menguasai perbagai teknik kayuhan di atas bentuk mukabumi yang berbeza-beza.

Sejarah MTB Jamboree di Malaysia
Carian dalam internet menemukan perkataan jamboree di gabungkan dengan perkataan MTB pertama kali digunakan di KAYUH LASAK Penang MTB Jamboree yang dianjurkan oleh Knight Of The Round Table(KOTRT) pada tahun 2002 . Seramai 278 perserta telah mengambil bahagian dan jangkaan awal penganjur hanyalah 150 peserta sahaja. Penyertaan seramai itu sudah boleh dikira luar jangkaan pada waktu itu. Ini menunjukkan sukan ini mempunyai potensi pasaran sebagai sukan rekreasi pelancungan pada masa hadapan.

Tahun 2008 menyaksikan MTB Jamboree semakin rancak dianjurkan antaranya SP MTB Jamboree, Melaka MTB Jamboree, Kayuhan Jati Diri Kuala Kangsar MTB Jamboree dan Sungai Petani MTB Jamboree.

Tahun - tahun berikut nya menyaksikan penganjuran MTB Jamboree terus bertambah dan pada tahun 2011 ini terdapat 65 penganjuran MTB jamboree dan 15 MTB Challenge . Malah untuk tahun 2012 penganjuran mtb jamboree hingga bulan mei sedang menunggu. klik link (event)

Kelab Mountain Bike
Dikalangan peminat sukan ini, minat dikongsi bersama-sama secara berkumpulan. Kelab-kelab MTB di tubuhkan di serata pelusuk tanah air tak kira di bandar mahupun di kampung-kampung . Perbagai aktiviti kayuhan bersama ahli kelab di jalankan pada setiap hujung minggu atau pada hari-hari cuti kelepasan umum.

Segala maklumat kayuhan dan pengalaman kayuhan di rekodkan di dalam blog atau website masing-masing. Setiap kelab mempunyai trail mereka sendiri. Kebiasaannya trail yang dilalui merupakan jalan tanah (off road) sedia ada ladang kelapa sawit, getah dan hutan simpan. Jalan - jalan yang menjadi kegemaran merupakan jalan yang mengandungi profail kontur yang berubah-ubah ketinggiannya yang akan memberi kesan mendaki dan menuruni bukit. Walaubagaimanapun ada juga kelab yang mereka bentuk trail mereka sendiri yang mengaduni profail jalan mendaki, menuruni bukit dan teknikal.

MTB Jamboree

MTB Jamboree merupakan tempat berkumpul perminat-perminat sukan rekreasi basikal gunung untuk melakukan aktiviti kayuhan atau tidak secara berkumpulan. Perserta yang datang dari setiap pelusuk negara dapat berjumpa , berkayuh bersama-sama, bertukar pendapat tentang sukan ini dan berjumpa dan berkenalan dengan kawan baru.

Penganjuran sukan ini memerlukan kekuatan luaran dan dalaman. Hanya mereka tulus mencintai sukan ini yang mampu melakukan persediaan menganjurkan MTB Jamboree. Yuran penyertaan yang dikenakan 100% digunakan untuk kemudahan peserta dan urusan pentadbiran penganjuran.
Peranan yang ditanggung selaku tuan rumah , Penganjur hendaklah melakukan persediaan trail, pemandu arah(marshall), penunjuk arah, refreshment, keselamatan peserta dan hal-hal lain bersangkutan.

Majoriti lebih suka berlumba di jamboree dan berpuashati dengan pencapaian kedudukan terpantas di dalam sesuatu jamboree. Bukankah menjadi lebih bermakna jika kita menang dalam acara mtb challenge berbanding menang di mtb jamboree? Pendapat yang di tulis oleh blogger zafizal klik --->15 STRONG POINTS OPTED FOR MTB RACING amat menarik walau agak sinis. Juga bukan kah lebih bermakna kita tidak memenangi apa-apa kedudukan di dalam Mtb challenge berbanding tak memperolehi keduduki baik di dalam mtb jamboree?

Tiba masanya hala tuju penganjuran mtb jamboree dilakukan tranformasi. Mtb Jamboree di cetuskan oleh kita pencinta sukan ini, maka kita juga seharusnya menentukan masa depan sukan ini.

Sunday, October 30, 2011

Kuala Kangsar MTB Jamboree 2011

Tarikh : 30 Oktober 2011
Lokasi : Kuala Kangsar, Perak
Peserta : 2,226
Jarak : 50km
Masa : 2.30 - 4.30jam
photo : Kayuhan Kuale

PKNSmtb diwakili oleh Iswardy,Azhar Shukor, Aidil, Zahidan, Azizi Farish, Shahrom,Zulhadi, Saifudin,Nazrin,Sharuddin,Bert Sham,Joeanis dan Rizal. Terimakasih kepada Kelab Sukan Dan Rekreasi PKNS yang telah menyumbangkan jersey baru PKNSmtb. Kuala Jamboree 2011 secara tak langsung merasmikan pemakaian jersey baru ini.

Segala-galanya kelihatan baik pada peringkat awal tambahan pula kemampuan penganjur terbukti semasa penganjuran pada tahun 2010. Walaupun ada kelemahan pada masa itu, peserta yakin penganjur akan mengatasi kelemahan tersebut pada acara kali ini. Penganjur juga telah berjanji akan memperbaiki segala kelemahan yang di tegur oleh peserta.

2011 membuktikan penerimaan hebat peserta terhadap jamboree kuala kangsar dengan 2,226 penyertaan memberi gambaran awal yang acara kali ini pasti hebat dan meriah. Namun terlintas juga di dalam hati mampukah penganjur mengurus dan mengawal peserta yang terlalu ramai ini.

Kehebatan Trek Kuale berada di dalam kelasnya tersendiri dan tidak keterlaluan jika trek kuale diangkat sebagai trek terbaik jamboree. Bagi pengayuh sejati apa yang mereka mahukan hanyalah melayan trek ini dan paling utama tuan rumah sendiri menjemput peserta datang berkayuh di tempat mereka.

Cadangan bagi yang ingin menganjurkan jamboree:

1. Jangan jadikan MTB Jamboree seperti majlis rasmi yang terikat dengan protokol. Sebab peserta bayar untuk datang dan bukan dibayar untuk datang.

2. Tak perlu dijemput VIP semasa acara perlepasan. Memadai VIP di jemput semasa mengalungkan medal atau semasa acara penutup.

3. Maklumat yang hendak disampaikan kepada peserta hendaklah tepat dan terkini. Jika ada perubahan maklumkan segera kepada peserta. Jangan ambil mudah dengan beranggapan sebarang perubahan akan dimaklumkan semasa peserta berkumpul di tapak perlepasan.
Mungkin ada peserta yang tidak dengar tambahan pula jika membabitkan ribuan peserta.

4.Lantik ketua atau jawatankuasa kecil bagi setiap bidang tugas seperti biro keselamatan, media, Marshall,Medic, Perhubungan, hadiah, dll. Ketua setiap bidang tugas bertanggungjawab kelancaran tugas masing-masing. Pastikan pertugas dibawah seliaan mereka menjalankan kerja mengikut SOP yang telah ditetapkan.

5. Pengurus acara hendaklah sentiasa peka dengan setiap perkembangan acara dan peserta pada setiap masa. Setiap biro dibekalkan alat perhubungan radio yang dihubung terus dengan pengurus acara. Jika berlaku kemalangan dan kejadian yang diluar jangka kepada peserta , tindakan segera dapat diambil.

6. Paling utama, jangan ada perbalahan dalaman antara ahli jawatankuasa penganjur. Jika ada, sila atasi dengan segera, jangan dibiarkan lama kerana ia akan menjadi dendam. Kesannya akan terkena kepada peserta.

7. Tugas Marshal paling penting di trek. Marshall bertanggungjawab kepada keselamatan peserta di trek memastikan peserta mengikut laluan yang betul. Marshall terdiri sama ada yang sama-sama berkayuh, bermotosikal-stand by di check point , jangan ulang alik di trek kerana akan menganggu peserta dah jadi macam acara motor cross la pulak nanti.

8. Jangan serahkan tanggungjawab menjaga keselamatan peserta semasa dijalan raya kepada pasukan beruniform sepenuhnya. Mereka sekadar membantu sahaja , penganjur hendaklah meletakkan petugasnya dengan cukup dan memastikan peserta memahami arahan yang diberi dan mematuhinya.

9. Jika disediakan Makanan dan minuman sila pastikan ia mencukupi.

10. Pastikan penganjuran Kayuhan dibuat atas dasar minat dan keikhlasan terhadap sukan ini. Jika dianjurkan atas sifat perniagaan dan keuntungan, ia pasti menuju kegagalan.

Wednesday, October 26, 2011

Kayuhan Lembah Beringin

Tarikh : 25 Oktober 2011
Lokasi : Lembah Beringin
Jarak :+/-20km
Jumlah peserta : 85 org

Bersama Iswardy, Aidil, Aizad , Zam Zam serta Kenny taukey kedai Basikal Gainway cawangan Shah Alam kami bergerak ke Lembah Beringin untuk memenuhi jemputan dari Kelab Basikal Beringin Bikerz untuk berkayuh di trek mtb mereka.

Lembah Beringin terletak di Hulu Selangor, dihubungi oleh Lebuhraya utara selatan berjarak 65km dari Shah Alam dan 15km ke Persimpangan Tanjung Malim.

Jemputan terdiri dari kelab-kelab MTB di sekitar Hulu Selangor dan riders dari lembah Klang. Antara kelab MTB yang turut serta iaitu Procity, Prima Riders Cycling Club, Sentosa Cycling Club, Sungai Buaya Cycling Club dan kami PKNSmtb Cycling Club.

Pihak penganjur telah menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari . Kayuhan bermula pada pukul 9.00 pagi setelah penerangan ringkas dari pihak penganjur dan bacaan doa untuk memohon keselamatan semasa kayuhan nanti.
Dalam ucapan ringkas wakil Beringin Bikerz Club, beliau mencadangkan supaya aktiviti kayuhan seperti ini akan diteruskan di masa ke sama di tempat kelab-kelab mtb yang lain pula menjadi tuan rumah. Idea ini cukup baik seharusnya di beri perhatian oleh kelab-kelab mtb.

Kami dari PKNSmtb mengucapkan syabas dan tahniah kepada Beringin Bikerz Club diatas penganjuran acara kayuhan ini. Secara keseluruhan trek yang dihidangkan memang layan. Semua bukit pada tahap boleh di kayuh dan downhill yang teknikal , pantas dan panjang.

Saturday, October 8, 2011

License to MTB

Rizal Downhill dari helipad

Azizi keluar dari single trek

sharuddin

Rizal Ai

Azizi Farish, Rizal Ai, Ady Skywalker, Sharuddin

Bergambar di signage yang baru dipasang oleh Pihak FRIM

Pinus Trail or Penes Trail

Bergambar bersama Pengawai FRIM

Bergambar sebelum memulakan kayuhan

Bergambar semasa turun dari Helipad

License To MTB

Saturday, October 1, 2011

PKNSMTB Next Event : Kayuhan Kuale Bandar Di Raja 2011

Bermula dengan kayuhan Jati Diri 2008 dengan disertai oleh kami bertiga iaitu bigfoot, revlishadi dan nazrin. PKNSMTB turut menyertai jamboree kuala kangsar pada tahun berikutnya yang dikenali dengan nama baru Kayuhan Kuale Bandar DiRaja 2010. Pada tahun ini PKNSMTB tetap turut serta buat kali ke-3 di Kayuhan Kuale Bandar DiRaja 2011. Paling istimewa penyertaan kali ini di buat sejak hari pertama penyertaan dibuka lagi oleh pihak penganjur. Dibawah senarai nama ahli kelab PKNSMTB yang akan turut serta pada 30 Oktober 2011 nanti memerah keringat bersaing bersama ribuan peserta .
Selamat maju jaya kepada penganjur, semoga acara yang diatur berjalan lancar seperti yang dirancang. Berjumpa kita di Kuale Bandar DiRaja.

Tuesday, September 6, 2011

Next Event PKNSMTB - Sept 2011

Event : UKM Konvo Lerun MTB Mini Jamboree
Tarikh : 17 Sept 2011 ( sabtu )
Penganjur : Sekretariat Sukan Dan Rekreasi, UKM, Bangi
Starting Point : Dataran Gemilang UKM

Gambaran trail :
Distance : +/-30 km offroad + road

Senarai Penyertaan dari PknsMTB :

1) Mohd Iswardy
2) Mohd Saifuddin
3) Mohd Rizal
4) Mohd Haidir
5) Sharuddin Rashid
6) Zahidan Othman

Good luck to all pknsmtb rider...

Maklumat lanjut event : http://konvojamboree.blogspot.com/

Monday, August 1, 2011

Kenangan PCC Ride, Broga, Semenyih 24.07.2011

Event : PCC Specialized Presidential Ride 2011
Location : Broga, Semenyih
Trail Distance : 65 km
List of rider from pknsmtb :

1) Mohd Iswardy
2) Mohd Haidir
3) Sharuddin Rashid (ride by Zahidan)
4) Mohd Idzad Idzmir

Overall trail mantap dan menguji ketahanan fizikal dan mental. Kayuhan off road 65km mengambil masa 5-6 jam untuk menghabiskan trail ke finish line. Tahniah kepada penganjur kerana menyediakan trail yang benar-benar menguji kemampuan diri...dan berjaya menarik seramai 1400++ mtb rider dari seluruh negeri. Syabas kepada penganjur!!

Starting pada 745am di University of Nottingham, Broga, Semenyih.
1400 rider..
jammed at km 3..simpang pertama ke off road trail
melintasi anak sungai
hard ride
sayup mata memandang

haidir
aksi haidir
relax after completing ride with team PRCC
finish line
Keadaan mtb selepas ride
Tahniah kepada yang berjaya..

Hanya 2/4 rider berjaya menghabiskan ride dengan complete 4 checkpoint = 65km. Kedua-dua rider sampai dalam kelompok 200 pertama rider yang berjaya menghabiskan ride.
Kepada yang lain mengikuti PCC dan berjaya, Tahniah diucapkan.!! ride pada kali ini memang menguji stamina dan mengujakan. Hanya yang ride sahaja yang tahu pahit getir kayuhan pada kali ini.
Kepada yang tidak berjaya, boleh la cuba lagi di lain kali...tetapi pastikan anda telah bersedia dari segi fizikal dan mental.

Sumber rujukan gambar :
Facebook : Tengku Zainal Jaafar ; Botak Botakz ; Rosdan Ramli ; Cycling Malaysia Magazine ; Jimmy Chow ; Tiger Henry Wong.
Thanks

another info /story PCC ride 2011:

Tuesday, July 26, 2011

Kayuhan Bernam Jaya &Gathering PKNSMTB

Tentatif;

30 Julai 2011(Sabtu) jam 8.30 pagi

Trek: Trek PKNS Bernam Jaya MTB Jamboree 2010

berkumpul: di Pejabat Jualan Bernam Jaya

Sarapan pagi - nasi lemak kopi O-disediakan oleh incik Dins

9.00 pagi - start kayuh ke pekan tanjung malim menuju ladang Pisang Sadero

10.00 pagi rehat atas Gerbang Bernam Jaya

10.15 pagi sambung kayuh ke ladang sawit

12.15 tghari- tiba di end point- Pejabat Jualan Bernam Jaya

1.00 tghari - pekena cendoi dan mee rebus di kedai tuuuu

2.00 pm - Balik rumah masing

Wednesday, July 6, 2011

PKNSMTB:Jamboree Sana-sini

Sukan Berbasikal memerlukan perubahan terhadap format penganjuran bagi memantapkan lagi sukan ini. Terlalu kerap penganjuran sukan ini yang di gelar "jamboree", "karnival" tanpa dilakukan sebarang perubahan dan penambahbaikan berkemungkinan akan hilang keghairahannya satu hari nanti.

Aktiviti PKNSMTB sepanjang bulan Jun dan Julai 2011 di mulakan dengan Ipoh Cycling Carnival anjuran HTR Team Ipoh pada 4 & 5 Jun 2011 acara berbasikal dihidangkan secara "karnival" di ketegori MTB jamboree, Roadbike race, Downhill dan XC Race.

Diikuti pula pada 26 Jun 2011 Karnival Berbasikal Fun Ride To Genting anjuran Majlis Daerah hulu Selangor.

Pada 3 Julai 2011 pula PKNSMTB menyertai Sungai Buaya Funride & SBCC Close Race anjuran Sungai Buaya Cycling Club.

Poster Ipoh Cycling Carnival 2011

Haidir di Ipoh Cycling Carnival 2011. Satu2nya gambar yang dapat aku cari di web

Poster Karnival Berbasikal, Fun Ride To Genting 2011. Anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor. Tahniah MDHS terutama YDP Tn Hj Tukiman yang begitu aktif mempopularkan sukan berbasikal di daerah Hulu Selangor.
Mana yang lain? dah monopous ke hahaha

Bagaikan Le'Tour De France

Permandangan menarik untuk di kenang

PKNSMTB | Haidir di celah2 riders yang lain

Steady Bro!

Best...
PKNSMTB | Pengurus Team

Boleh senyum lagi...hebat

Lu Langsi wa follow!

Tahniah Bro!
PKNSMTB | Dinz

Ahli kroni PKNSMTB | zam zam

Zam zam lagi

Zam menang hadiah utama laucy draw flip flop bike bernilai RM700

Poster SBCC Fun Ride & Close Race 2011. Gambar di bawah di ambil di blog StrangeMTB

Starting kayuhan dalam keadaan hujan...best..

PKNMTB |Haidir

Gaya seorang XC racer

Mantap

PKNSMTB | Dinz

Ahli kroni PKNSMTB | izat

PKNSMTB | Bert Sham( baju ijau)

Pergh..............ganazzzzz

Ready for Langkawi Challenge 2011

Teknik Menyambar air mineral yang ganaz dari Bert Sham