

Lokasi : Lembah Beringin
Jarak :+/-20km
Jumlah peserta : 85 org
Bersama Iswardy, Aidil, Aizad , Zam Zam serta Kenny taukey kedai Basikal Gainway cawangan Shah Alam kami bergerak ke Lembah Beringin untuk memenuhi jemputan dari Kelab Basikal Beringin Bikerz untuk berkayuh di trek mtb mereka.

Jemputan terdiri dari kelab-kelab MTB di sekitar Hulu Selangor dan riders dari lembah Klang. Antara kelab MTB yang turut serta iaitu Procity, Prima Riders Cycling Club, Sentosa Cycling Club, Sungai Buaya Cycling Club dan kami PKNSmtb Cycling Club.


Kami dari PKNSmtb mengucapkan syabas dan tahniah kepada Beringin Bikerz Club diatas penganjuran acara kayuhan ini. Secara keseluruhan trek yang dihidangkan memang layan. Semua bukit pada tahap boleh di kayuh dan downhill yang teknikal , pantas dan panjang.
No comments:
Post a Comment