Thursday, November 14, 2013

PKNSmtb@Harian Metro Mountain Bike GP Lembah Bujang, Kedah

Trail Lembah Bujang merupakan edisi Harian Metro Mountain Bike GP yang ke4 selepas Putrajaya, Kellies Castle, Batu Gajah Perak dan Marang, Terangganu. Penganjuran Harian Metro MTB GP Lembah Bujang, Kedah adalah yang terbaik. Harian Metro bertuah kerana mendapat kerjasama yang cukup hebat dari Team Rider Lembah Bujang, pertugas yang mesra , ceria dan manis di setiap Check point, GPA dan Polis Trafik satu balai datang membantu mengawal lalu lintas.

Jarak Kayuhan 48km. Pada kebiasaannya pada mana mana jamboree permulaan kayuhan peserta di hidangkan dengan kayuhan tarmac sejauh 6-10 km sebelum memasuki off road yang merupakan laluan single trail. Disinilah akan berlaku kesesakan yang teruk dengan 1,000 lebih riders berasak asak sehinggakan mengambil masa 30minit untuk menunggu giliran memulakan kayuhan dilaluan off road ini.

Pujian harus di beri kepada trail lembah bujang dengan 6km pertama tarmac yang pantas dan laluan memasuki off road yang lebar peserta boleh memecut laju tanpa halangan.
Penganjur juga bijak merancang kedudukan CP .  Bermula CP 1 hingga  CP3 kesemuanya berada di atas bukit dan pertugas air berada di kedudukan di hadapan sedikit. Pertugas dengan mudah menampal sticker di no plate. ketika riders sedang memerah tenaga memanjat bukit dan tidak menganggu momentum kayuhan riders yang ingin segera ke garisan penamat.

Trail ini bermula dari garisan permulaan hingga CP3 merupakan kayuhan yang pantas. Bukit yang sederhana tinggi mudah didaki dan downhill yang panjang. Namun........selepas CP3 trail yang di hidangkan amat mengejutkan , mengujakan, pecah mental, rasa nak mengamuk dan lain lain seangkatan dengannya bagi average rider macam saya laa.. Tak silap cross sungai aje 4 kali. Marshall yang bertugas di setiap river crossing sungguh dedikasi, anda yang terbaek dan tahniah.6km terakhir  ini memaksa peserta berkayuh atas trail  hampir 70% berselut tebal.

 Jangkaan  semasa melepasi CP3 mampu tiba awal di starting point meleset jauh ke langit. Selepas CP3 rider di hidangkan dengan trail yang berliku-liku di celah celah pokok getah sebesar pemelok di selang seli dengan river crossing,+selut+ trail berliku kembali river crossing layan  lagi selut...tersembang kat pokok getah....dalam hati jangan la tayar pancit apabila terpandang batang anak anak pokok yang di potong tak sampai ke tanah.

Akhirnya....Tahniah penganjur....semoga tahun hadapan lebih serius lagi menganjurkan MTB GP ini yang lebih berkualiti.