Sunday, May 23, 2010

Bernam Jaya Ride @ Kayuh Santai

Pada minggu ini 23hb Mei 2010, PknsMtb telah berkunjung ke Bernam Jaya untuk menjalankan aktiviti ride seperti yang telah dijanjikan...
Seperti yang sedia maklum, Bernam Jaya atau dikenali sebagai 'Gerbang Utara Selangor' adalah merupakan salah satu kawasan pembangunan PKNS di sebelah utara selangor dengan keluasan melebihi 6 ribu ekar...

Bagi mengenali lebih dekat, Bernam Jaya adalah berdekatan dengan Pekan Tanjung Malim dan untuk kesini melalui Plus Highway melalui exit Tanjung Malim..

Pembangunan di kawasan Bernam Jaya masih diperingkat awal...dianggarkan baru 20% kawasan telah dibangunkan, jadi masih banyak kawasan ladang dan hutan yang sesuai dengan aktiviti mtb ini..

Kunjungan PknsMtb kali ini melibatkan 9 rider dan 2 daripadanya dari Saujana Utama, Sungai Buloh.

Berikut catatan dan kronologi rider pknsmtb 001 melaporkan...

8.30am-9.00 am...sarapan pagi...dan berkumpul di Pejabat Jualan Hartanah PKNS Bernam Jaya.

Bernam Jaya survey info....
Cadangan laluan pada pelan....
Taklimat trek dan laluan cadangan sebelum ride...
Foto session sebelum ride..bersama Jurutera Projek Bernam Jaya, En Shahrol...
Rider shahrom, gps & Louis Garneau...
Ride dimulakan di tarmac road laluan ke Pekan Tanjung Malim...
aksi rider di laluan tarmac...bro Ajak di hadapan...

Melalui persimpangan ke Sabak Bernam dan Felda Gedangsa...
Aksi cornering di km 3...
Tarmac road melalui pekan dan perkampungan...di km 3.5
aksi rider Din Merida HFS...
Aksi 2 rider mtb Merida TFS dan HFS...Bro Din dan Zahidan...
Laluan tarmac di km 4.0
Laluan tarmac merentasi lebuh raya Plus...
Permulaan off road di km 5.5...berdekatan ladang pisang Dole Sebiro (M) Sdn Bhd...tanah milik PKNS...
Permulaan off road...diantara ladang pisang dan sawit...km 6.0
Persimpangan...menunggu decission laluan...
Km 8.0...berdekatan tempat tinggalan memproses getah...
km 9.0....
km 11.0...
Km 11...berehat sebentar...
Laluan off road diteruskan di kawasan hutan dara..km 13 ke km 15
Memasuki ladang kelapa sawit pada km 16...
Hampir ke finishing line...berdekatan PKNS Heritage Bernam Jaya...
Berjaya ditamatkan...di PKNS Heritage...berehat sebelum kembali ke Pejabat Jualan Hartanah PKNS Bernam Jaya.
Secara kesimpulannya..kayuhan telah ditamatkan pada 1.10pm...
Jarak kayuhan adalah 18km...dimana average kayuhan yang dicatatkan adalah 12 km/j...
Trail telah berjaya diplotkan, walau bagaimanapun ia hanyalah sebahagian sahaja dari keseluruhan loop yang dicadangkan...
PknsMtb bercadang untuk membuat kunjungan kali ke 2..bagi melengkapkan keseluruhan trail tersebut....pada Jun 2010.

Sekian. Terima Kasih..

Monday, May 10, 2010

Ipoh Jamboree 30 Mei 2010

Kepada peminat-peminat mtb pkns khususnya...lets join ride....
maklumat event pada 30hb Mei 2010 adalah seperti dibawah :

More Info...
Nota : sumber dari http://htr-team-ipoh.blogspot.com/

Wednesday, May 5, 2010

Kenangan Jasin Jamboree 2010

Tarikh 02 Mei 2010 telah tiba. PknsMtb sekali lagi telah menyahut cabaran untuk menyertai Jasin Jamboree 2010 yang pertama kali diadakan di Jasin, Melaka anjuran daripada J Bikers Club.Jamboree Jasin menyaksikan penglibatan 820 orang peserta dari seluruh tanah air. Tahniah diucapkan kepada penganjur kerana telah berjaya menganjurkan event mtb ini. Walaupun terdapat kekurangan dan rungutan sedikit dari riders namun bagi pihak kami semuanya tidak menjadi masalah demi semangat sukan berbasikal ini.

Dikesempatan ini juga, pujian juga dirasakan berhak diberikan kepada penganjur kerana telah berjaya dari segi persediaan trek yang baik walaupun terdapat kesilapan kecil pada awal permulaan kayuhan. Penganjuran kali pertama sudah tentu terdapat kekurangan tetapi secara keseluruhan boleh dikategorikan sebagai berjaya.

Berikut adalah sedikit kronologi catatan rider PknsMtb...

01 Mei 2010...(Sabtu)

Memulakan perjalanan dari Tol Bukit Beruntung pada 11.30 pagi bersama-sama ahli-ahli dari Sentosa Cycling Team...

2.00 pm..setelah penat drive kami berhenti singgah di R&R Seremban untuk makan tengahari...

Berehat sebentar di R&R sebelum meneruskan perjalanan ke jasin, Melaka...

Kami telah sampai ke perkarangan Stadium Jasin pada 4.30pm...kelihatan sebahagian peserta telah sampai dan mengambil goodies..pendaftaran berjalan lancar...

di meja pendaftaran dan collection goodies...

Sebahagian daripada list nama peserta....jumlah keseluruhan yang telah mendaftar termasuk last minute registration telah mencecah angka 820 orang...

Gambar kenangan bersama sebahagian ahli penganjur event ini dari J Bikers Club....

Gambar kenangan bersama rakan mtb di Stadium Jasin...

Setelah selesai mendaftar dan mengambil goodies, kami bergerak ke homestay di Bukit Kecil....jarak perjalanan adalah dalam 12 km...inilah penginapan kami di suasana kampung dan udara yang menyegarkan....di kesempatan ini pihak kami ingin mengucapkan Terima Kasih kepada Bro Rahmat SCT kerana telah menyediakan penginapan dan menjadi penunjuk arah kami sepanjang berada di Melaka.

02 Mei 2010...(Ahad)

Hari yang dinanti telah tiba....seawal jam 7.00 pagi kami telah bersiap sedia di Stadium Jasin...

Sementara menunggu flag off, kesempatan bergambar diambil sebagai kenangan..bersama rakan-rakan mtb yang lain...

Rakan mtb dari SCT...

7.45 am peserta telah semakin ramai berkumpul di starting point..kelihatan juga sebahagian rider dari luar negara....

Sebahagian rider-rider dari Environmental Cycling Club Melaka (ECC)...Penganjur Nite Ride Burung Hantu Melaka 2009...

Tepat jam 8.oo am flag off selepas sedikit taklimat diberikan... kayuhan dimulakan dengan kayuhan tarmac melalui pekan Jasin sepanjang 2.5km.. rider tidak dibenarkan memotong marshall car menyebabkan sedikit bottle neck pada kayuhan tersebut...

Pada km 3, rider-rider telah dilepaskan oleh kawalan marshall car...walau bagaimanapun malang telah menimpa kerana telah berlaku perselisihan faham menyebabkan kebanyakan rider telah tersesat jalan dan terpaksa berpatah balik kepada laluan yang sebenar...suasana pada kejadian tersebut....

Kesilapan ini harus diambil pengajaran bersama....dan pengalaman....
Disebabkan kejadian tersebut, ramai yang mengeluh dan ada juga yang hampir berputus asa...sebahagian momentum kayuhan telah terhenti...dan tergendala..

Kesan daripada perkara tersebut juga telah menyebabkan kelompok rider dihadapan kini telah menjadi barisan belakang...masa yang terbuang dianggarkan 20 minit...
ada juga yang berbincang ke mana arah seterusnya....

Kini saya telah berada di kelompok belakang..mungkin 700 rider telah berada dihadapan...dengan semangat..kayuhan tetap diteruskan...kembali ke laluan yang betul..

Bukti dibarisan belakang..bersama sweeper motocross penganjur...kelihatan riders telah tiada kelihatan....terasa rugi dan penyesalan..mungkin sebab dah tertinggal..dan lepak berborak bersama bro tersebut....

Kayuhan diteruskan....kali ini momentum kayuhan telah berubah tidak semantap kayuhan permulaan tadi...just ikut flow sahaja...kelihatan jauh kebanyakan rider telah berada dihadapan...

Jam telah menunjukkan 8.41 am..tetapi kayuhan baru sahaja bermula dan distance dicatatkan pada waktu tersebut 7.21km...dari segi pengalaman kayuhan 40 minit sepatutnya boleh berada di km 15...

Kayuhan diteruskan memasuki single track....semangat telah kembali pulih apabila rider-rider dihadapan telah dapat dihampiri...

Di kesempatan dapat juga memotong barisan rider jika berpeluang...walau bagaimanapun hanya seketika sahaja...dihadapan sekali lagi bottle neck...rider-rider menunggu turn untuk uphill single track...

Tolak basikal...sebahagian rider yang telah didahului...tak silap bro depan tu antara rider yang last sampai finish line..lebih kurang 2.45pm...apa-apa pun steady bro....sumber rujukan dari :
http://akudanbasikal.blogspot.com/2010/05/jasin-jamboree-manis-dan-pahit.html
kalau tak silap...

Tiba di Check Point 1...9.23am...distance menunjukkan 16.18km...

Kayuhan diteruskan ke laluan sukar bukit langsat..pendakian menyeksakan 4 step uphill...kelihatan ramai rider yang kecundang, menolak basikal dan berehat....kesempatan diambil memotong rider-rider....

Waktu menunjukkan 10.15am..telah melalui CP 1 dan CP 2...distance 29.58km..

Kayuhan diteruskan...carbo refill dan berhenti seketika di km 38.86..jam telah menunjukkan 11.30 pagi....kelihatan rider dari Sungai Buloh X Country dibelakang...
Akhirnya...kayuhan diteruskan ke garisan penamat dengan jayanya sampai pada 12.10pm ...catatan meter cat eye velo 8 mencatatkan :

placing : 241/780 rider
distance : 48.68 km
average : 13.7 km/h
max speed : 53.5 km/h
calories burn : 601.3 cal
time : 3 hour 35 min 30 sec

Sebahagian dari gambar di garisan penamat...kelihatan rider dari Kayuh Beb cycling Club...Terima kasih kepada penganjur kerana memberikan medal pada rider-rider....

Diantara number plate rakan mtb dan kedudukan masing-masing....

Setelah menjamu selera..sesi cabutan bertuah pada 2.45pm...nampaknya rezeki tak menyebelahi untuk memiliki hadiah utama lucky draw..Full Sus Polygon...telah dimiliki oleh rider lain..huhu...

Kesimpulannya..kayuhan Jasin Jamboree telah membawa banyak pengalaman dan panduan kepada kami peminat setia mtb...secara keseluruhannya trail laluan adalah baik dan sesuai bagi event Jamboree mtb...mungkin dilain kali penganjur perlu berhati-hati dalam faktor trail marking khususnya...mungkin ia dianggap perkara kecil tetapi kesannya amat besar jika tidak diambil serius...
walau apapun kami tetap menyokong event jamboree ini...dan jika ada masa kami akan berkunjung kembali ke Jasin, Melaka..

Sekian. Terima Kasih.