Dikesempatan ini juga, pujian juga dirasakan berhak diberikan kepada penganjur kerana telah berjaya dari segi persediaan trek yang baik walaupun terdapat kesilapan kecil pada awal permulaan kayuhan. Penganjuran kali pertama sudah tentu terdapat kekurangan tetapi secara keseluruhan boleh dikategorikan sebagai berjaya.
Berikut adalah sedikit kronologi catatan rider PknsMtb...
01 Mei 2010...(Sabtu)
Memulakan perjalanan dari Tol Bukit Beruntung pada 11.30 pagi bersama-sama ahli-ahli dari Sentosa Cycling Team...
2.00 pm..setelah penat drive kami berhenti singgah di R&R Seremban untuk makan tengahari...
Berehat sebentar di R&R sebelum meneruskan perjalanan ke jasin, Melaka...
Kami telah sampai ke perkarangan Stadium Jasin pada 4.30pm...kelihatan sebahagian peserta telah sampai dan mengambil goodies..pendaftaran berjalan lancar...
di meja pendaftaran dan collection goodies...
Sebahagian daripada list nama peserta....jumlah keseluruhan yang telah mendaftar termasuk last minute registration telah mencecah angka 820 orang...
Gambar kenangan bersama sebahagian ahli penganjur event ini dari J Bikers Club....
Gambar kenangan bersama rakan mtb di Stadium Jasin...
Setelah selesai mendaftar dan mengambil goodies, kami bergerak ke homestay di Bukit Kecil....jarak perjalanan adalah dalam 12 km...inilah penginapan kami di suasana kampung dan udara yang menyegarkan....di kesempatan ini pihak kami ingin mengucapkan Terima Kasih kepada Bro Rahmat SCT kerana telah menyediakan penginapan dan menjadi penunjuk arah kami sepanjang berada di Melaka.
02 Mei 2010...(Ahad)
Hari yang dinanti telah tiba....seawal jam 7.00 pagi kami telah bersiap sedia di Stadium Jasin...Sementara menunggu flag off, kesempatan bergambar diambil sebagai kenangan..bersama rakan-rakan mtb yang lain...
Rakan mtb dari SCT...
7.45 am peserta telah semakin ramai berkumpul di starting point..kelihatan juga sebahagian rider dari luar negara....
Sebahagian rider-rider dari Environmental Cycling Club Melaka (ECC)...Penganjur Nite Ride Burung Hantu Melaka 2009...
Tepat jam 8.oo am flag off selepas sedikit taklimat diberikan... kayuhan dimulakan dengan kayuhan tarmac melalui pekan Jasin sepanjang 2.5km.. rider tidak dibenarkan memotong marshall car menyebabkan sedikit bottle neck pada kayuhan tersebut...
Pada km 3, rider-rider telah dilepaskan oleh kawalan marshall car...walau bagaimanapun malang telah menimpa kerana telah berlaku perselisihan faham menyebabkan kebanyakan rider telah tersesat jalan dan terpaksa berpatah balik kepada laluan yang sebenar...suasana pada kejadian tersebut....
Kesilapan ini harus diambil pengajaran bersama....dan pengalaman....
Disebabkan kejadian tersebut, ramai yang mengeluh dan ada juga yang hampir berputus asa...sebahagian momentum kayuhan telah terhenti...dan tergendala..
Kesan daripada perkara tersebut juga telah menyebabkan kelompok rider dihadapan kini telah menjadi barisan belakang...masa yang terbuang dianggarkan 20 minit...
ada juga yang berbincang ke mana arah seterusnya....
Kini saya telah berada di kelompok belakang..mungkin 700 rider telah berada dihadapan...dengan semangat..kayuhan tetap diteruskan...kembali ke laluan yang betul..
Bukti dibarisan belakang..bersama sweeper motocross penganjur...kelihatan riders telah tiada kelihatan....terasa rugi dan penyesalan..mungkin sebab dah tertinggal..dan lepak berborak bersama bro tersebut....
Kayuhan diteruskan....kali ini momentum kayuhan telah berubah tidak semantap kayuhan permulaan tadi...just ikut flow sahaja...kelihatan jauh kebanyakan rider telah berada dihadapan...
Jam telah menunjukkan 8.41 am..tetapi kayuhan baru sahaja bermula dan distance dicatatkan pada waktu tersebut 7.21km...dari segi pengalaman kayuhan 40 minit sepatutnya boleh berada di km 15...
Kayuhan diteruskan memasuki single track....semangat telah kembali pulih apabila rider-rider dihadapan telah dapat dihampiri...
Di kesempatan dapat juga memotong barisan rider jika berpeluang...walau bagaimanapun hanya seketika sahaja...dihadapan sekali lagi bottle neck...rider-rider menunggu turn untuk uphill single track...
Tolak basikal...sebahagian rider yang telah didahului...tak silap bro depan tu antara rider yang last sampai finish line..lebih kurang 2.45pm...apa-apa pun steady bro....sumber rujukan dari :
http://akudanbasikal.blogspot.com/2010/05/jasin-jamboree-manis-dan-pahit.html
kalau tak silap...
Tiba di Check Point 1...9.23am...distance menunjukkan 16.18km...
Kayuhan diteruskan ke laluan sukar bukit langsat..pendakian menyeksakan 4 step uphill...kelihatan ramai rider yang kecundang, menolak basikal dan berehat....kesempatan diambil memotong rider-rider....
Waktu menunjukkan 10.15am..telah melalui CP 1 dan CP 2...distance 29.58km..
Kayuhan diteruskan...carbo refill dan berhenti seketika di km 38.86..jam telah menunjukkan 11.30 pagi....kelihatan rider dari Sungai Buloh X Country dibelakang...
Akhirnya...kayuhan diteruskan ke garisan penamat dengan jayanya sampai pada 12.10pm ...catatan meter cat eye velo 8 mencatatkan :
placing : 241/780 rider
distance : 48.68 km
average : 13.7 km/h
max speed : 53.5 km/h
calories burn : 601.3 cal
time : 3 hour 35 min 30 sec
Sebahagian dari gambar di garisan penamat...kelihatan rider dari Kayuh Beb cycling Club...Terima kasih kepada penganjur kerana memberikan medal pada rider-rider....
Diantara number plate rakan mtb dan kedudukan masing-masing....
Setelah menjamu selera..sesi cabutan bertuah pada 2.45pm...nampaknya rezeki tak menyebelahi untuk memiliki hadiah utama lucky draw..Full Sus Polygon...telah dimiliki oleh rider lain..huhu...
Kesimpulannya..kayuhan Jasin Jamboree telah membawa banyak pengalaman dan panduan kepada kami peminat setia mtb...secara keseluruhannya trail laluan adalah baik dan sesuai bagi event Jamboree mtb...mungkin dilain kali penganjur perlu berhati-hati dalam faktor trail marking khususnya...mungkin ia dianggap perkara kecil tetapi kesannya amat besar jika tidak diambil serius...
walau apapun kami tetap menyokong event jamboree ini...dan jika ada masa kami akan berkunjung kembali ke Jasin, Melaka..
Sekian. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment