Sunday, October 13, 2013

PKNS Mountain Bike Team

PKNSmtb
PKNSmtb ditubuhkan seawal 2007, Ia dianggotai oleh kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor@PKNS. Pasukan ini bernaung dibawah Kelab Sukan & Rekreasi PKNS@KSR PKNS yang banyak membantu kami dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang kami laksanakan selama ini.
Pentadbiran kelab ini diketuai oleh Pengurus PKNSmtb : Mohd Iswardy Mohamad Yunos yg juga berkhidmat sebagai jurutera projek Antara Gapi PKNS, Penolong Pengurus : Azhar Shukor berkhidmat di bhg Pembangunan Usahawan PKNS, Setiausaha : Saharuddin Syaffik berkhidmat di Bhg Keselamatan PKNS.
2008
Idea penubuhan kelab ini timbul bagi menyediakan platform kepada kalangan anggota PKNS  mengembangkan minat didalam sukan outdoor dan extreme selain menggalakkan aktiviti sihat dikalangan ahli. Ia juga secara tak langsung memperkenalkan sukan mountain bike dan sebagai salah satu cara menyokong sukan berbasikal ini melalui aktiviti berbasikal dihujung minggu dan penyertaan event anjuran luar seluruh malaysia.

Selain daripada itu , melalui aktiviti-aktiviti kelab yang dijalankan dapat mempromosikan dan memperkenalkan kawasan2 pembangunan PKNS melalui aktiviti mountain bike secara tidak langsung seperti kawasan pembangunan di Antara Gapi, Bernam Jaya hulu selangor dan juga Kota Puteri di daerah Gombak.
Bermula dari penyertaan pertama kali acara kayuhan Jati Diri Kuala Kangsar 2008, kami bercita cita besar untuk menganjurkan acara MTB Jamboree kami sendiri. Pada waktu itu PKNSmtb hanyalah dianggotai seramai 3 orang ahli sahaja.
Cubaan pertama menganjurkan acara kayuhan pada tahun 2008 di Antara Gapi, Serendah Selangor Merupakan Kawasan Pertumbahan baru yang di bangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS). Bandar ini di kelilingnya oleh Banjaran Titiwangsa yang memberi kesan pemandangan yang menarik. Acara kayuhan ini kami namakan Fun Ride Antara Gapi 2008 yang telah menarik seramai 300 pengayuh.

 Tahun 2009 menyaksikan PKNSmtb telah menganjurkan MTB Jamboree pertama kami yang di panggil  Kayuhan Antara Gapi@KAG2008. Menariknya penyertaan mtb jamboree ini adalah percuma dan menyediakan banyak hadiah lucky draw kepada peserta. KAG2008 berjaya mengumpul seramai 500 orang peserta.
Sokongan yang kami terima dari pengemar sukan MTB ini, menyuntik semangat untuk kami merancang untuk menganjurkan sekali lagi MTB Jamboree. Kali ini dengan skala yang lebih besar, tambahan lagi dengan pertambahan jumlah ahli PKNSmtb menguatkan lagi azam dikalangan ahli untuk menganjurkan sekali lagi MTB jamboree. 

Maka dalam bulan Disember 2010 lahirlah MTB Jamboree edisi ke-2 yang dipanggil Bernam Jaya Jamboree@BJJ2010. Acara ini berjaya menarik 1100 lebih pengayuh dari pelusuk semenanjung termasuk dari Sabah dan Sarawak.  
 
Perancangan kami seterusnya untuk menubuhkan pasukan elit pknsmtb dan pelapis untuk bersaing dgn pelumba ternama tempatan selain daripada meneruskan  aktiviti dan penganjuran sukan mountain bike di kawasan pembangunan pkns seperti di antara gapi, bernam jaya dan kota puteri. 

No comments:

Post a Comment