Thursday, November 14, 2013

PKNSmtb@Harian Metro Mountain Bike GP Lembah Bujang, Kedah

Trail Lembah Bujang merupakan edisi Harian Metro Mountain Bike GP yang ke4 selepas Putrajaya, Kellies Castle, Batu Gajah Perak dan Marang, Terangganu. Penganjuran Harian Metro MTB GP Lembah Bujang, Kedah adalah yang terbaik. Harian Metro bertuah kerana mendapat kerjasama yang cukup hebat dari Team Rider Lembah Bujang, pertugas yang mesra , ceria dan manis di setiap Check point, GPA dan Polis Trafik satu balai datang membantu mengawal lalu lintas.

Jarak Kayuhan 48km. Pada kebiasaannya pada mana mana jamboree permulaan kayuhan peserta di hidangkan dengan kayuhan tarmac sejauh 6-10 km sebelum memasuki off road yang merupakan laluan single trail. Disinilah akan berlaku kesesakan yang teruk dengan 1,000 lebih riders berasak asak sehinggakan mengambil masa 30minit untuk menunggu giliran memulakan kayuhan dilaluan off road ini.

Pujian harus di beri kepada trail lembah bujang dengan 6km pertama tarmac yang pantas dan laluan memasuki off road yang lebar peserta boleh memecut laju tanpa halangan.
Penganjur juga bijak merancang kedudukan CP .  Bermula CP 1 hingga  CP3 kesemuanya berada di atas bukit dan pertugas air berada di kedudukan di hadapan sedikit. Pertugas dengan mudah menampal sticker di no plate. ketika riders sedang memerah tenaga memanjat bukit dan tidak menganggu momentum kayuhan riders yang ingin segera ke garisan penamat.

Trail ini bermula dari garisan permulaan hingga CP3 merupakan kayuhan yang pantas. Bukit yang sederhana tinggi mudah didaki dan downhill yang panjang. Namun........selepas CP3 trail yang di hidangkan amat mengejutkan , mengujakan, pecah mental, rasa nak mengamuk dan lain lain seangkatan dengannya bagi average rider macam saya laa.. Tak silap cross sungai aje 4 kali. Marshall yang bertugas di setiap river crossing sungguh dedikasi, anda yang terbaek dan tahniah.6km terakhir  ini memaksa peserta berkayuh atas trail  hampir 70% berselut tebal.

 Jangkaan  semasa melepasi CP3 mampu tiba awal di starting point meleset jauh ke langit. Selepas CP3 rider di hidangkan dengan trail yang berliku-liku di celah celah pokok getah sebesar pemelok di selang seli dengan river crossing,+selut+ trail berliku kembali river crossing layan  lagi selut...tersembang kat pokok getah....dalam hati jangan la tayar pancit apabila terpandang batang anak anak pokok yang di potong tak sampai ke tanah.

Akhirnya....Tahniah penganjur....semoga tahun hadapan lebih serius lagi menganjurkan MTB GP ini yang lebih berkualiti.

Sunday, October 27, 2013

Fun Ride, Kayuh hujung minggu dan Powerman Race

Hujung Minggu yang aktif bagi ahli PKNSmtb.Masing masing sibuk dengan acara yang di sertai dan ada yang menghadiri bengkel kesatuan pekerja di Johor Baharu, ada juga yang tak dapat turut serta kerana memenuhi undangan majlis perkahwinan.

Malakoff POWERMAN RACE!27th OCTOBER 2013 - Precinct 2, Putrajaya. 
Team PKNSmtb di wakili oleh Haidir juga merupakan pelumba Persatuan Traithlon Selangor dan Iswardy(Pengurus PKNSmtb)  yang mengambil bahagian dalam kategori Sprint ( 5.5km Run - 32km Bike - 5.5km Run).  Haidir selaku perlumba dari Persatuan Traithlon Selangor telah menyertai beberapai siri Ironman di Langkawi(tepat ke-3), Pulau Redang dan Krabi Thailand baru baru ini. Manakala Iswardy yang telah mula berjinak dalam sukan marathon dan road bike event sejak 2012 lagi.

Cameron Highland Thomson Trail MTB Fun Fide 26 Okt 2013.
Zam Belalang ahli kepada dua kelab (KSCC &PKNSmtb) turut serta dalam  Cameron Highland Thomson Trail Fun Fide 26 Okt 2013. Dikhabarkan kayuhan 25km road dan 20km off road. Kayuhan anjuran Cameron Riders Cycling Club bersama-sama Pejabat Kesihatan Cameron Highlands, Polis Diraja Malaysia dan juga Kementeriaan Belia dan sukan. Dulu awal 2011 Cik Kiah popular ngan trek Thomson ni. Dua tiga kali jugak la jadi guide bawak group mtb dari Lembah Klang ke sini.
Kayuhan FRIM 26 Okt 2013.
Cik Kiah kata kita kayuh senafas dari steriod hill ke helipad (Pinus Hill). Dua orang jer kayuh Revlishadi ngan Cik Kiah. Ada satu pokok mempelam besar kat puncak bukit ni sedang berbuah dengan lebatnya. Sapa-sapa kayuh ke sini elok la bawak beg plastik, pisau dan kicap.
 
 Kayuhan Bukit Ramlee 27 Oktober 2013
Atau di kenali juga kayuhan Air Nenas Gelas Besar. Kami berempat,  Bert Sham, Cik Kiah, Revlishadi dan Afif  mulakan kayuhan dari rumah saudara Afif Mahroji di Jalan Paip menuju simpang Jalan Batu Arang. Kemudian masuk ke jalan menuju kawasan tadahan air mendaki bukit sebelah kiri tak jauh dari drop gate(bersebelahan stall kelapa tepi jalan Batu Arang)yang menghalang laluan masuk ke kawasan tadahan air. Trek off road ini terletak bersebelahan Jalan Batu Arang menghala ke Glomac. Penamat laluan off road ini downhill menghala Jalan Batu Arang berhampiran peniaga Gazebo. Dari sini menyeberangi jalan Batu Arang  menuju ke Bukit Ramlee melalui kawasan kebun Sayur. Trek ini menarik dengan pendakian yang panjang dan downhill yang pantas dan terbaek.

Sunday, October 13, 2013

PKNS Mountain Bike Team

PKNSmtb
PKNSmtb ditubuhkan seawal 2007, Ia dianggotai oleh kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor@PKNS. Pasukan ini bernaung dibawah Kelab Sukan & Rekreasi PKNS@KSR PKNS yang banyak membantu kami dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang kami laksanakan selama ini.
Pentadbiran kelab ini diketuai oleh Pengurus PKNSmtb : Mohd Iswardy Mohamad Yunos yg juga berkhidmat sebagai jurutera projek Antara Gapi PKNS, Penolong Pengurus : Azhar Shukor berkhidmat di bhg Pembangunan Usahawan PKNS, Setiausaha : Saharuddin Syaffik berkhidmat di Bhg Keselamatan PKNS.
2008
Idea penubuhan kelab ini timbul bagi menyediakan platform kepada kalangan anggota PKNS  mengembangkan minat didalam sukan outdoor dan extreme selain menggalakkan aktiviti sihat dikalangan ahli. Ia juga secara tak langsung memperkenalkan sukan mountain bike dan sebagai salah satu cara menyokong sukan berbasikal ini melalui aktiviti berbasikal dihujung minggu dan penyertaan event anjuran luar seluruh malaysia.

Selain daripada itu , melalui aktiviti-aktiviti kelab yang dijalankan dapat mempromosikan dan memperkenalkan kawasan2 pembangunan PKNS melalui aktiviti mountain bike secara tidak langsung seperti kawasan pembangunan di Antara Gapi, Bernam Jaya hulu selangor dan juga Kota Puteri di daerah Gombak.
Bermula dari penyertaan pertama kali acara kayuhan Jati Diri Kuala Kangsar 2008, kami bercita cita besar untuk menganjurkan acara MTB Jamboree kami sendiri. Pada waktu itu PKNSmtb hanyalah dianggotai seramai 3 orang ahli sahaja.
Cubaan pertama menganjurkan acara kayuhan pada tahun 2008 di Antara Gapi, Serendah Selangor Merupakan Kawasan Pertumbahan baru yang di bangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS). Bandar ini di kelilingnya oleh Banjaran Titiwangsa yang memberi kesan pemandangan yang menarik. Acara kayuhan ini kami namakan Fun Ride Antara Gapi 2008 yang telah menarik seramai 300 pengayuh.

 Tahun 2009 menyaksikan PKNSmtb telah menganjurkan MTB Jamboree pertama kami yang di panggil  Kayuhan Antara Gapi@KAG2008. Menariknya penyertaan mtb jamboree ini adalah percuma dan menyediakan banyak hadiah lucky draw kepada peserta. KAG2008 berjaya mengumpul seramai 500 orang peserta.
Sokongan yang kami terima dari pengemar sukan MTB ini, menyuntik semangat untuk kami merancang untuk menganjurkan sekali lagi MTB Jamboree. Kali ini dengan skala yang lebih besar, tambahan lagi dengan pertambahan jumlah ahli PKNSmtb menguatkan lagi azam dikalangan ahli untuk menganjurkan sekali lagi MTB jamboree. 

Maka dalam bulan Disember 2010 lahirlah MTB Jamboree edisi ke-2 yang dipanggil Bernam Jaya Jamboree@BJJ2010. Acara ini berjaya menarik 1100 lebih pengayuh dari pelusuk semenanjung termasuk dari Sabah dan Sarawak.  
 
Perancangan kami seterusnya untuk menubuhkan pasukan elit pknsmtb dan pelapis untuk bersaing dgn pelumba ternama tempatan selain daripada meneruskan  aktiviti dan penganjuran sukan mountain bike di kawasan pembangunan pkns seperti di antara gapi, bernam jaya dan kota puteri. 

Friday, October 11, 2013

PKNSmtb@Harian Metro MTB Jamboree Marang

 Harian Metro MTB Jamboree Marang
PKNSmtb telah menyertai Sirkit Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2013 bermula sirkit pertama di Putrajaya pada 2 Jun 2013 seterusnya sirkit kedua di Kellies Castle Batu Gajah pada 25 Ogos 2013 dan terkini di Marang pada 5 Oktober 2013 yang lalu.

Terima kasih pada Metro diatas penganjuran acara yang unggul ini. Kedudukan Metro sebagai media arus perdana mampu melonjakkan populariti sukan ini, ia telah berjaya menaikkan taraf sukan mountain bike di Malaysia dan lebih dikenali.
Pasukan PKNSmtb menyokong penuh dan mengucapkan tahniah kepada pihak metro dan akan pasti terus dan tetap menyertai event anjuran metro yg seterusnya.
Tahniah Metro!
Start Kayuh

Boss PKNSmtb Mr. Iswardy

 Bert & Bro Z.O

Geng PKNSmtb Sharom sedang membantu rakan mtb tayar pancit

Zam Belalang

Ranking terbaek tahniah!

Hj Subahan si Raja Bukit PKNSmtb

Sunday, August 25, 2013

PKNSmtb@ Harian Metro Mountain Bike GP 2013

25 Ogos 2013-Kellie's Castle batu Gajah

Penyertaan ahli Kelab MountainBike PKNSmtb di sirkit kedua Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia (CC1M) 2013  di pusat pelancongan Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak pada 25 Ogos 2013.

Program anjuran Harian Metro dengan kerjasama Tourism ini diadakan bagi menyemarakkan lagi aktiviti berbasikal di negara ini selain menghimpunkan peminat aktiviti berbasikal, menggalakkan gaya hidup sihat serta mempromosikan destinasi pelancongan menarik di seluruh negara.

Tahniah kepada  ABDUL SYAKUR BIN ABD WAHAB dan MUHAMMAD ANAS BIN MOHD ISHKANDAR yang telah berjaya menduduki tempat ke Lapan dan Sembilan dalam kategori XCO Race.

 Ahli PKNSmtb cabang Kuala Selangor-ZAMZURI

 MUHAMMAD NUR AFNAN  & SHAHRUDDIN

 MOHD HAIDIR , MOHD ISWARDY  &SHAHROM 