Penganjur : Environment Cycling Club.
Penyertaan : >700 participants
Tarikh : 24 Oktober 2009
Start/Finish : Padang Dataran Air Keruh Melaka
Jarak : 45 km
Tahniah kepada penganjur yang telah menguruskan event ni dengan baik sekali. segalanya telah di selia dengan baik bermula dari meja pendaftaran lagi. Peserta di lepaskan tepat seperti jadual. Buat pertama kali Jamboree MTB di adakan pada sebelah malam. Penganjuran MTB pada waktu malam Ini merupakan pengalaman yang menarik bagi kebanyakan peserta.
Kelebihan MTB pada waktu malam ni kita berkayuh dalam suhu yang nyaman namun penglihatan yang terbatas agak merimaskan. Kayuhan di lakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan dari terjatuh memandangkan baru pertama kali melalui trek ni.
Trek tidak lah sukar sangat, kecuraman mendaki biasa sahaja. "Down Hill" boleh tahan menarik, cuma kayuhan malam ni agak membataskan segala-galanya. Jika kayuhan siang ni memang best trek ni.
Peserta pertama sampai 11.30 malam dan peserta terakhir sampai 1.30 pagi.
Tanhiah kepada semua ahli kelab MTB PKNS iaitu Mr. Iswardy, Mr. Saharuddin, Mr, Azhar Abdul shukor, Mr. Nazrin, Mr. Shahrom dan Mr. Zul Hadi yang telah berjaya menamatkan kayuhan dengan melalui kesemua check point. Sekali tahniah kepada Mr. Iswadry yang telah berjaya menamatkan kayuhan bersama kelompok terawal peserta.
Tahniah juga kepada no.plate 0369 Zulhadi dan No. Plate 0366 Nazrin yang telah memperolehi "lucky draw" iaitu Quantum Pendant sumbangan Fusion Excel International. Apa barang tu? pergi search kat internet!
salam tuan..nice ride kan 1st time nite jamboree buat kat malaysia takkan la nak lepaskan peluang yer:D
ReplyDeletetapi bang 1st peserta sampai dalam kul10 lerbih dalam kul10.40 kalu tak salah coz kalu 11.30 tu dah kira time time saya yang bukan pro rider sampai tuh :D
sori peserta pertama sampai dalam 2 jam kayuhan. so dalam pkul 10 lebih la. salah taip kat atas tu.
ReplyDeletewah! 11.30 tu dah kira dasat tu. pkul 1.30 pagi tu saya la orang nya