Thursday, July 22, 2010

Syarat-Syarat Penyertaaan BJJ2010

SYARAT – SYARAT PENYERTAAN

PENGENALAN
PKNS Bernam Jaya MTB Jamboree 2010 bertujuan untuk mengumpulkan perminat basikal gunung (MTB) di satu lokasi baru Bernam Jaya, Hulu Selangor yang juga merupakan satu kawasan pembangunan baru PKNS. Lokasi Bernam Jaya terletak di utara Selangor berhampiran dengan sempadan Selangor dan Perak. Ia terletak berhampiran dengan Bandar Tanjung Malim, Perak dan Sabak Bernam, Selangor . Pintu masuk ke Bernam Jaya betul-betul selepas membayar tol keluar dari PLUS highway di Susur Tanjung Malim. Jika anda dari arah Kuala Lumpur atau Shah Alam akan mengambil masa perjalanan selama 45 minit dan berjarak 82 km. Program ini terbuka kepada semua yang meminati sukan lasak basikal gunung dan penduduk kawasan sekitar amnya. Secara tak langsung ia dapat mempromosi Bernam Jaya sebagai gelanggang baru kepada peminat-peminat MTB di Lembah Klang untuk beriadah. Dengan adanya aktiviti sihat ini akan menjadikan Bernam Jaya terus dikenali dan dikunjung oleh orang ramai.

LALUAN
Jumlah jarak kayuhan dianggarkan sepanjang 45km dimana peserta akan menempuh sebahagian Bandar Bernam Jaya, Sebahagian Bandar Tanjung Malim, kebun getah, kelapa sawit, ladang Pisang dan hutan simpan. Rupa bentuk mukabumi trek disini kebanyakan landai dan sekali-sekala menaiki dan menuruni bukit. Kebanyakkan laluan lebar dan tiada masalah untuk memotong.

TARIKH DAN TEMPAT
Kayuhan ini akan di adakan pada 05 Disember (Ahad) bertempat di Bernam Jaya pada jam 7.30 pagi hingga 3.00 petang

YURAN PENYERTAAN
Yuran Penyertaan sebayank RM50.00 di kenakan. Sumbangan dari peserta digunakan untuk perbelanjaan pengurusan acara dan disumbangkan semula kepada peserta dalam bentuk pemberian cenderahati. Bagi tujuan pengesahan penyertaan, peserta hanya perlu mengisi borang pendaftaran dan hantar ke sekretariat melalui fak no 03-55112781.

HADIAH – HADIAH
Kayuhan ini berkonsepkan "Jamboree Ride" iaitu pencinta sukan MTB berkumpul dan berkayuh bersama-sama. Tiada pertandingan dan hadiah pemenang. Bagi memeriahkan program pihak menganjur menyediakan:
i) Medal Jamboree (bilangan medal akan ditentukan penganjur)
ii) Puluhan Lucky draw
iii) Hadiah Misteri
iv) Bekalan makanan dan minuman sepanjang kayuhan
v) Jamuan makan selepas kayuhan

Pihak penganjur menyediakan hadiah khas iaitu :
1) Bagi kelab bagi kategori ahli teramai dan paling meriah.
2) Peserta pendaftaran terawal.

PERATURAN AM
1. Penyertaan bagi acara PKNS Bernam Jaya MTB Jamboree 2010 adalah terbuka kepada semua peminat basikal gunung (mountain bike).

2. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab keatas kehilangan harta benda dan kecederaan yang berlaku keatas peserta semasa acara itu nanti,

KESELAMATAN ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI.

3. Peserta adalah dimestikan memakai topi keledar pelindung kepala dan pakaian yang bersesuaian semasa kayuhan itu nanti.

4. Hanya basikal jenis MTB atau speksifikasi bersuaian untuk kegunaan “offroad”sahaja di benarkan

5. Peserta hendaklah memastikan segala peralatan basikal yang perlu dibawa dan pelindung keselamatan yang akan digunakan semasa acara telah diperiksa dan berada dalam keadaan baik semasa kayuhan nanti

6. Peserta telah memahami dan sedar bahawa tahap kesukaran trek yang di sediakan untuk acara ini mencabar dan memerlukan daya ketahanan dan kepakaran teknikal untuk melepasinya.

7. Penganjur berhak membuat perubahan terhadap acara ini jika perlu.

TERIMAKASIH DAN JUMPA DI BERNAM JAYA JAMBOREE 2010

No comments:

Post a Comment