Salam kepada semua,
Tahniah! Bernam jaya MTB Jamboree 2010 berjaya dijalankan dengan lancar dan cemerlang sekali. Ribuan terimakasih kepada semua peserta yang telah hadir menyokong event kayuhan Bernam Jaya Mountain Bike Ride 2010 anjuran bersama PKNS dan MDHS.
Jumlah penyertaan hampir 1,000 peserta., peserta termuda berusia 13 tahun dan yang paling senior berusia 61 tahun. Pendaftaran untuk ambil goodies dan no. plate telah di adakan selama dua hari iaitu di PKNS Biz Point, Seksyen 7, Shah Alam pada 03 Disember 2010 dan di Tapak Event pada 04 Disember 2010 bermula jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam. Namun masih ramai yang membuat pendaftaran pada subuh 05 disember 2010 seawal 5.30 pagi.
Sarapan pagi di sediakan seawal 6.30 pagi hingga jam 8.00 pagi. Menu yang di sediakan Bihun goreng, sandwich, sosej, air panas milo, teh tarik dan buah pisang.
Peserta telah mula berkumpul di garisan permulaan seawal jam 7.30 pagi. Pukul 8.15 pagi taklimat ringkas di sampaikan oleh Pengurus PknsMtb, mr.Iswardy memaklumkan keadaan trek, jarak, peraturan di sepanjang laluan tarmac, rupa tanda arah yang di sediakan dan info trek. Refreshment di sediakan di setiap check point, jumlah checkpoint ada 3, CP 1 disediakan pisang dan air mineral iaitu di km 19, CP 2 di km26 juga disediakan pisang dan air mineral dan CP 3 di km 36 disediakan air botol 100plus.
Setelah bacaan doa selamat semoga acara ini berjalan lancar oleh mr. Joeanis, peserta di lepaskan secara bersama oleh Pegurus PknsMtb dengan Pegawai Pembangunan Belia MDHS , Puan Nurul tepat jam 8.30 pagi. Peserta pertama sampai mencatat masa 1 jam 50.33 minit, NOR EFFANDY ROSLI no plate 837 dari kelab Fun D Ride Kuala Lumpur. Peserta Wanita pertama sampai AZLINE ARIFFIN masa yang di catatkan adalah 3 jam. Peserta terakhir sampai mencatat masa 6 jam untuk sampai ke garisan penamat.
Antara Pihak pengurusan yang hadir, Timbalan Pengurusan Besar Kewangan PKNS, Tuan Hj Roslan B Baharudin dan Yang DiPertua MDHS Tn Hj Tukiman B Nail. Hadiah -hadiah 5 peserta lelaki dan wanita telah di sampaikan oleh Yang DiPertua MDHS beserta Timb. Peng. Besar Kewangan PKNS.
Acara turut di serikan dengan kehadiran Penyanyi Zainal Abidin yan telah mendendangkan beberapa buah lagu. Games show turut disediakan untuk mengisi masa isteri dan anak-anak peserta sementara menunggu pasangan masing-masing sampai di garisan penamat.
Makan tengahari peserta di hidangkan dengan nasi tomato, nasi ayam, air soya bean, rojak, air cendol , buah pisang
Sebanyak 100 item Lucky draw di sediakan antaranya 11 buah frame basikal, 4 buah basikal mountain bike lengkap, barangan elektrik dan part basikal yang lain.
Akhir kata terima kasih kami kepada peserta, YDP Majlis Daerah Hulu Selangor, Pihak Pengurusan PKNS, Selangor Shines, Polis Di Raja Malaysia, Anggota RELA, Pasukan Perubatan dari Hospital Hulu Selangor, Marshall dari Sentosa Cycling Team, Tuan yang terbaik syabas, Team motor cross dan radio amatur dari Sentosa, Penduduk Bernam Jaya dan Tanjung Malim, Kakitangan Majlis Daerah Hulu Selangor, Kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor , Penyedia makanan dan minuman dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak sekali lagi kami ucapkan ribua terima kasih.
Pihak kami juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada gerak kerja marking laluan trek yang telah dibuat dalam tempoh yang singkat. Segala usaha anda kami hargai dan terima kasih kepada kakitangan pkns, kakitangan MDHS, ahli Sentosa Cycling Team, ahli Tm Bikers iaitu saudara aloy dan abad, wakil daripada ladang pisang Dole Sebiro (M) Sdn Bhd, wakil daripada TechnoPalm serta yang lain yang terlibat.
Banner Gergasi kelihatan dari plushighway
Iswardy bendera PKNS, Koordinator PKNSMTB Azhar bendera Negeri Selangor, Pn Nurul Pegawai Belia MDHS Bendera MDHS
Hadiah peserta terpantas di sampaikan oleh YDP MDHS
Sekian. Terima kasih dari kami PKNSMTB.
No comments:
Post a Comment