Salam..to all mtb riders.
PKNSMTB sekali lagi telah melibatkan diri dalam event Malaysian Gold Jamboree 2011 bertempat di Bukit Merah Lake Town Resort pada 27 Mac 2011. Kali ini 10 rider tegar telah diturunkan sebagai wakil, berbekalkan semangat walaupun baru sahaja selesai menamatkan kayuhan Le Tour De Fraser Hill 2 pada 26 Mac 2011 (sabtu).
Pihak penganjur pada kali ini telah berjaya mengumpulkan seramai +/-2600 orang penyertaan dari seluruh Malaysia. Berikut adalah berberapa ulasan yang dapat dibuat dari event tersebut, mungkin dapat diperbaiki pada masa hadapan.
Pada keseluruhannya, dari segi perancangan trek adalah baik walaupun kawasan berbukit tidak banyak dan kebayakannya adalah jalan yang rata/landai. Trek agak mudah dengan kayuhan average yang tinggi.
Rider-rider juga telah beberapa kali melalui kawasan banjir, walau bagaimanapun itu adalah sebahagian daripada adventure dan kelainan dalam event ini. Pihak penganjur juga telah memaklumkan lebih awal berkenaan keadaan trek tersebut.
Walau bagaimanapun, kedengaran komen dan rungutan dari kawan-kawan yang lain dimana
lokasi kawasan permulaan tidak dapat menampung jumlah rider seramai 2600 orang. pemantauan rider keluar masuk tiada dan menyebabkan ada rider yang bergerak keluar jauh setelah sticker check point diberikan.
Bagi kumpulan rider yang tiba awal,
dimaklumkan ada rider yang telah menunggu awal dari jam 640 pagi bertujuan untuk berada di kelompok hadapan garisan permulaan, walau bagaimanapun tindakan tersebut tidak berbaloi kerana ramai rider-rider yang lain telah berkumpul di bahu jalan. Ada juga rider yang telah kayuh sehingga ke last tarmac road...jauh tu...(mengikut sembang borak lepas event - rider pro depan yang bgtau).
Maka ada ketiadak adilan disini kepada peserta yang telah sampai awal.
Walau apapun. secara keseluruhannya event ini dianggap berjaya. Sudah pasti setiap event ada kelebihan dan kekurangan. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur kerana menyokong aktiviti mountain bike ini dan secara tidak langsung meluaskan lagi pengaruh dan promosi sukan mountain bike ini.
makan malam & lepak
rider pkns
sumber pic : kbs team
rider pkns (ady skywalker) finish line. 1008 am
dapat medal tu caya bro...(dalam hati berkata sambil tunjuk medal : tak sia-sia aku training malam selama ni)
pertama kali aku join event besar mtb jamboree. best & penat & lapar
Hai bang slow je kat finish line tu..dah tak larat ke...tak mau kayuh la..kasi itu basikal jalan sendiri saja hahaha
rider Tengku Zainal (sentosa cycling team) dan bro dins pkns.
rileks dah - sharom
peace bro! (Zidan dan Haidir)
menunggu lucky draw sebelum calo
Sekian.
Sehingga berjumpa lagi di NEXT MTB EVENT!
No comments:
Post a Comment