Namun keesokan harinya bandar Kuantan betul-betul ditimpa tengkujuh dan ditenggelami air banjir, ada yang kata banjir terburuk sejak tahun 1971. Simpati dari kami untuk penduduk kuantan dan daerah lain di pantai timur yang terlibat dengan banjir ini. Apa yang penting jagalah keselamatan diri dan keluarga anda.
Jamboree MTB ini dianjurkan oleh Raw Team Biker Cycling Club(RTBcyc) yang berpusat di Beserah, Pahang. Terlintas gak di kepala, apsal la sanggup datang sejauh 280km dari Shah Alam menuju ke Pusat Rekreasi Air Pantai Balok, Beserah semata-mata nak berkayuh dalam hutan yang sama sahaja keadaannya yang ada di depan mata. Namun keterujaan untuk berkayuh bersama-sama dengan "rider" lain yang datang dari seluruh pelusuk tanah air mengatasi segala-galanya.
Ini lah satu satunya penyertaan rasmi PKNSmtb di dalam event jamboree bagi tahun 2012. Penyertaan ahli di event lain sepanjang tahun ini lebih kepada kapisiti individu. Perbagai faktor yang tak dapat dielakkan untuk kami bersatu di bawa nama PKNSmtb untuk menyertai event -event yang dianjurkan hampir setiap minggu. Amat diharapkan untuk tahun 2013 nanti kami dapat kembali bersama-sama mewarnai dunia MTB dengan warna merah,putih dan hitam kami.
Tahniah kepada penganjur yang telah menguruskan perjalanan event dengan baik sekali, Marshall yang dedikasi di trek, pertugas yang manis dengan senyuman terutama checkpoint 2...yang paling penting perjalanan kami terasa berbaloi apabila di hidangkan dengan trek yang terbaik.
Z.O in action, lu dah laju skang
Din kayuhan cik Kiah
No comments:
Post a Comment